Pasangan Kopi Susu (C269)

RM23.00
Weight: 0.43 kg per item
9789673653003
3 item(s)
+
===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.5"
ISBN-13: 9789673653003
Tahun Terbit: 2017
Jumlah Muka Surat: 485
Berat (Kg): 0.43
Penulis: Qhayra Qhayriesa
===========================

Kali pertama bertentang mata, Julia Laiqanisa dah jatuh cinta. Tapi, kerana dia dan Zul Shahriman berbeza tingkah dan perwatakan, Julia pura-pura tak suka. Mulut saja kata benci, padahal hati dah kena curi.

“Kurang asam punya Shahriman. Dia cuba-cuba nak goda aku ya? Huh. Jangan haraplah aku nak terpikat. Kulit hitam macam air kopi, ada hati nak pikat aku yang putih macam susu ni? Jangan mimpilah aku nak tergoda dengan madah berhelah kau tu.”

Lama-lama Julia tak tahan. Bagaimana nak tahan kalau makin hari makin dia sayangkan Zul Shahriman? Dia nak bercerai! Tapi, dengar saja syarat yang diberikan ayahnya, Julia rasa macam nak pengsan! Mahu tak mahu, Julia usahakan tunaikan syarat Encik Jamal walaupun Zul Shahriman macam keberatan.

Maka, bermulalah perjalanan Julia menggoda suami sendiri.

“Hmm, penat-penat saya urut awak, takkan awak berterima kasih saja?” Julia sudah tayang senyum gatal. Sengaja dia mengangkat-angkat keningnya.

Sudahlah di pejabat mereka dapat gelaran Pasangan Kopi Susu, malah hidup mereka pun macam kopi susu. Dalam manis, ada pahitnya. Dalam putih, ada hitamnya. Kehadiran Jeffery dan Yanti menjadikan rumah tangga yang sedia bergoyang kian bergoncang.

Kerana cemburu, Julia membawa diri, tapi hanya sekejap. Dia kembali dengan tekad. Nak memikat hati suami sendiri kerana dia mulai sedar, dia dan Zul Shahriman memang seperti kopi susu. Saling melengkapi, saling memahami, saling mencintai…

FAQ / Soalan Lazim

 

Q:  Kalau saya beli online di Bookcafe, berapa lama masa yang diambil untuk pesanan dihantar kepada saya?

A : Biasanya penghantaran dibuat (parcel dihantar ke kurier) dalam masa 24 jam (hari bekerja) selepas pembayaran diterima. Kami akan bekalkan setiap pelanggan dengan tracking no untuk disemak status penghantaran dengan pihak kurier. Pada kebiasaannya, parcel akan diterima oleh pelanggan selepas 1 - 3 hari pesanan dibuat. Kami juga tawarkan SAME DAY DELIVERY untuk penghantaran ke kawasan tertentu.

 

Q:  Adakah semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock?

A : Ya, semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock kecuali produk yang ditandakan dengan label PRE-ORDER. Dengan ini kami boleh menghantaran pesanan pelanggan dengan lebih pantas.

 

Q:  Bagaimanakah cara untuk membeli buku di Bookcafe?

A : Cara-cara membeli di Bookcafe adalah mengikut aturan di bawah. Panduan lanjut baca di SINI.

Cara Beli Buku

Q : Bagaimana pula cara pembayarannya?

A : Ketika proses BAYAR atau CHECKOUT, pelanggan boleh memilih cara pembayaran yang sesuai dengan kesesuaian pelanggan. Terdapat 9 cara pembayaran iaitu melalui Maybank2u, Debit/Kredit Kad, Cimb Clicks, Rhb Now, MEPS (Menyokong AffinBank, Ambank, Hong Leong Connect, Bank Islam, Public Bank, Webcash), Paypal, Bank In (Dibekalkan No Akaun Bank Kami), Cek dan juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Q : Berapakah anggaran kos penghantaran pesanan saya?

A : Kos penghantaran bergantung kepada berat buku yang anda beli. Baca lanjut di SINI.

 

Q : Apa yang boleh saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

A : Pelanggan boleh menghubungi kami samada secara email di orders@bookcafe.com.my atau telefon 03-6185-0718 untuk aduan berkaitan pesanan. Pejabat kami beroperasi dari 9.00 pagi - 5.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. FREE MEMBERSHIP: Diskaun 10% untuk semua produk sepanjang tahun 2017. Boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.

 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI