Kombo Hamka

List price: RM115.00
RM100.00
Anda Jimat: RM15.00 (13%)
Price in points: 100 points
Kombo Hamka Mycybersale 2017

Kombo ini mengandungi buku berikut:

 

1. Falsafah Hidup - HAMKA : RM24.00

Takjub, hairan, dan terasa bahawa diri kita dipenuhi oleh tanda tanya, seribu macam ataupun satu tanda tanya.

"Apakah ini? Dari manakah datangnya? Apakah kesudahannya?"

Rahsia dan penuh rahsia.

Bila sedang berfikir hendak menyelidiki, hendak tahu apakah rahsia itu, kembalilah segala tanya yang sulit tadi kepada yang bertanya, "Mengapa saya bertanya? Siapa saya?"

Rahsia.

Demikianlah terus menerus, falsafah tidak akan berhenti, selama manusia masih berfikir selama manusia masih bertanya, selama batin manusia masih merasa adanya rahsia itu.

 


2. Lembaga Hidup - HAMKA : RM21.00

Tatkala masa dahulu, jatuhlah zat air kejadian kita, bercampur dari sulbi ayah dengan taraib bonda. Bermula dengan segumpal air, sehinggalah menjadi segumpal daging.

Telah cukup sejak dalam rahim bonda, garis tulisan hidup yang akan dilalui. Rezeki telah tersedia. Ajal telah tertentu. Amal usaha telah terbentang. Celaka ataupun bahagia telah mesti bertemu. Naik ataupun turun telah ada di hadapan pintu hidup.

Maka dalam kandungan ibu itulah tercipta 'Lembaga Hidup' itu. Lembaga yang akan dituangkan seketika kita telah lahir ke dunia kelak.

Janganlah lembaga tinggal lembaga, dan kita tidak berusaha menuangnya.

 

3. Lembaga Budi - HAMKA : RM15.00

Keutamaan budi, itulah tujuan yang akhir. Dan menyingkirkan diri dari kebinatangan, itulah cita-cita yang mulia. Bukit itulah yang didaki orang budiman. Setengah jatuh dan setengah bangun, ada yang tidak tahan, ada yang lemah kakinya, lalu terjatuh dan tidak bangun lagi. Ada pula yang tegak kembali, dan melangkah terus perlahan-lahan dan tidak mengenal putus asa.

Diribut runduklah padi

Dicupak Datuk Temanggung

Hidup jikalau tidak berbudi

Duduk tegak ke mari canggung

 

4. Tasawuf Moden - HAMKA : RM20.00

Ramai manusia yang diperdayakan oleh cahaya samar kerana dia dalam gelap. Perasaannya didahulukan daripada pertimbangannya. Dia datang kepada cahaya yang baru itu. Sampai di sana, yang dicarinya tidak ada sama sekali. Akan kembali pulang ke tempat asal, jalan yang telah lebih gelap daripada dahulu, lantaran ia tidak sabar menunggu cahaya yang sejati.

Memang, sebab-sebab buat mencapai bahagia amat banyak, tetapi kita manusia mencari juga yang lain. Dia ada dalam tangan kita, tetapi kita cari yang ada di tangan orang lain kerana yang di tangan orang itu kelihatan indah.

 

5. (PREMIUM) Tenggelamnya Kapal Van Der Wick - HAMKA (RM35.00)

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat.  Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI 

 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. VIP PASS PERCUMA: Pembelian RM 150 dan ke atas akan menerima VIP PASS PERCUMA selama 1 tahun.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.

 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI