Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

Muhammad Haji Salleh

Sasterawan Negara Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang  penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah  memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh  Akademik Negarta.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak  menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor  jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel  Anugerah Sastera Negara. Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942  di Taiping, Perak. Kini beliau menetap di Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor.

Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab  Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England (1963). Setelah  itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura (1970) dan mendapat Ijazah Sarjana  Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di  mana beliau mendapat Ph. D (1977).

Beliau mengenali Usman Awang sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang    sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan buku Biografi Usman Awang, Prof. Muhammad Haji  Salleh telah mewawancara usman - tidak kurang daripada 20 kali. Untuk mengutip buah  ingatannya. Beliau juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, Ibu  saudaranya, teman-temannya, pustakawan dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga  ratusan foto lama, yang turut menjadi sumber primer beliau dalam menghasilkan biografi yang  cukup bermakna ini.

 

 

CARI PRODUK YANG ANDA MAHU CARI PRODUK YANG ANDA MAHU

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 10 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). 

Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI