Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Riyadus Solihin

07/04/2017
by Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.

Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.

Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Taman orang soleh, itulah makna bagi Riyadus Solihin. Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman kerohanian yang membenihkan amal dan menyuburkan iman.

Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, Taman Orang Soleh sangat wajar menjadi pelengkap untuk menghiasi rumah kita. Satu rumah, satu Riyadus Solihin.

Comments

No posts found

KLIK DI SINI