Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Cara Beli Buku Online di Bookcafe, Bayar di 7 Eleven Terdekat!

07/08/2014
by

Istimewa buat pelanggan Bookcafe yang...

  • Masih bersekolah, tidak ada akaun bank
  • Tidak mempunyai internet banking
  • Tidak mahir menggunakan mesin ATM
  • Tinggal jauh dari Bank
  • Tinggal berhampiran 7 Eleven

Kini para pelanggan boleh membeli buku secara online di Bookcafe dan buat pembayaran di cawangan 7 Eleven terdekat. Cara-caranya adalah seperti di bawah.

Penerangan gambar :

1. Buat pembelian online di Bookcafe seperti biasa (Rujuk : http://bookcafe.com.my/my/how-to-buy-en-my.html)

2. Pada Billing Options, pilih Meps FPX kemudian klik pada butang SUBMIT MY ORDER. Pelanggan akan dibawa ke halaman MOLPAY SECURE ONLINE PAYMENT. Di sini, klik pada Payment Options.

Klik pada logo 7 Eleven.

Tick pada "I here by agree.." kemudian klik pada butang Proceed.

3. Pelanggan akan diberikan Transaction ID & Verification Code. Print halaman ini.

4. Bawa kertas yang dicetak Transaction ID & Verification Code tadi ke 7 Eleven dan buat pembayaran secara tunai dalam masa 48 jam selepas membuat pesanan ini. Sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh ini, pesanan akan terbatal secara automatik. NOTA : 7 Eleven akan mengenakan bayaran RM1.00 untuk memproses pembayaran yang dibuat.

5. Pelanggan akan menerima resit untuk rujukan sekira diperlukan pada masa akan datang.

6. Bookcafe akan dimaklumkan oleh MOLPAY berkenaan pembayaran yang diterima tersebut dan terus memproses pesanan pelanggan dengan segera.

Comments

selamat malm,saya nak tanya,selepas buat payment di 7 eleven,resit yang diberikan tu perlu dihantar ke emel book cafe ke? atau tak payah hantar? just tunggu penghantaran buku sahaja...terima kasih atas pemerhatian..
tiada
KLIK DI SINI