Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


APLIKASI PENULISAN ARTIKEL JURNAL (L34)

Rak: L74
RM40.00
Price in points: 40 points
Weight: 0.53 kg
9789670942100
Out-of-stock

ISBN 9789670942100

====================

Menulis artikel yang bersifat akademik dari satu kajian ataupun membuat ulasan (review) artikel satu-satu isu dari kajian-kajian lepas bukanlah sesuatu yang mudah kepada pelajar pascasiswazah (peringkat pengajian sarjana dan kedoktoran) mahupun penyelidik muda. Menulis artikel sukar bagi kumpulan novis ini kerana mereka tidak ada pengetahuan dalam selok belok penulisan artikel yang sistematik sedangkan penerbitan artikel telah menjadi pra-syarat kenaikkan pangkat serta Key Performance Index, KPI bagi kumpulan tersebut.

Artikel yang dibincangkan dalam buku ini merujuk kepada artikel ilmiah yang disediakan oleh pelajar pascasiswazah serta penyelidik muda untuk tujuan penerbitan dalam jurnal.  Artikel ini biasanya ditulis berasaskan dapatan dari satu kajian peringkat sarjana atau kedoktoran atau hasil dari satu kajian  di bawah pembiayaan geran penyelidikan. Situasi ini menjadikan penulisan artikel lebih mudah kerana pelajar pascasiswazah atau penyelidik tersebut telahpun mempunyai dapatan kajian. Penulisan artikel boleh sahaja bersumberkan manuskrip tesis, laporan projek mahupun proposal dengan data atau dapatan yang diperolehi dari satu kajian. Jika anda berminat untuk mengulas artikel-artikel lepas dan menghasilkan ulasan artikel (article review), anda juga boleh memanfaatkan konsep yang dicadangkan dalam buku ini.

Sayugia disebutkan di sini bahawa banyak contoh-contoh perkataan, penyataan, ayat dan keratan artikel dalam buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris tanpa berniat merendahkan Bahasa Melayu. Tambahan, seorang penyelidik muda bukan sahaja menulis artikel dalam bahasa Melayu sebaliknya lebih kerap menulis dalam Bahasa Inggeris

Artikel ilmiah adalah kupasan satu dapatan yang fokus kepada sesuatu pernyataan masalah atau isu. Jika tesis mengkaji pernyataan masalah dari beberapa aspek, artikel ilmiah yang dihasilkan dari tesis tersebut boleh difokuskan kepada salah satu aspek pernyataan masalah yang dikaji dengan syarat tindakan ini tidak menyebabkan data yang pincang yang membawa kepada lemahnya kupasan dalam artikel. Anda juga boleh mengekalkan pernyataan masalah dalam tesis namun memberi fokus hanya kepada dapatan yang penting (crucial) sahaja, berbanding dengan tesis asal yang perlu melaporkan semua dapatan yang diperolehi. Bagi penulisan manuskrip artikel untuk penerbitan, anda juga perlu mengikuti format penulisan artikel yang ditetapkan oleh penerbit termasuklah saiz font, caption, jadual, rajah, rujukan serta line spacing.

Elakkan mengambil secara copy-n-paste mana-mana ayat yang dipilih dalam tesis misalnya dan terus memasukkannya dalam manuskrip artikel. Tindakan ini akan menghasilkan artikel dengan perenggan yang tidak ada kesinambungan. Malah boleh berlaku self-plagiarismapabila memetik ayat sendiri untuk dimasukkan ke dalam penerbitan yang lain. Anda hanya perlu meringkaskan secara padat isi-isi atau idea-dea penting dari sumber asal dan menjadikannya satu idea yang berkesinambungan dalam artikel. Anda juga tidak perlu mengambil semua petikan yang ada dalam tesis untuk dimasukkan ke dalam artikel anda.

Rak:
L74

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI