Wakaf Bahtera Penyelamat

RM25.00
WAKAF-978-967-411-762-7
Out-of-stock
Add to wish list Add to comparison list

WAKAF BAHTERA PENYELAMAT

Buku BAHTERA PENYELAMAT ini digunakan untuk pengajian pondok, madrasah, surau & institusi pendidikan.

Bookcafe menerima permohonan daripada 50 organisasi yang memerlukan buku BAHTERA PENYELAMAT untuk pengajian mereka. Sebanyak 2,683 naskhah "Bahtera Penyelamat" diperlukan untuk tujuan ini.

Bookcafe membuka peluang kepada tuan-tuan & puan-puan yang berminat untuk memberi sumbangan wakaf. Tuan-tuan & puan-puan boleh mewakafkan minimum 1 naskhah sahaja & tiada had jumlah maksimum wakaf.

Bookcafe akan kumpulkan jumlah wakaf yang diterima & akan dihantar kepada penerima mengikut kuantiti yang diperlukan.

Kos penghantaran & pengurusan akan ditanggung oleh Bookcafe.

Laporan wakaf yang sudah diterima & dihantar akan dikemaskini di sini & juga media sosial Bookcafe.

 

LAPORAN PENGHANTARAN WAKAF BAHTERA PENYELAMAT

Sehingga Disember 2016. Bookcafe hanya berjaya membuat kutipan buku Bahtera Penyelamat sebanyak 1269 naskah.

Semua naskah itu telah dihantar kepada organisasi-organisasi dibawah.

Sebanyak 1414 naskah tidak dapat dihantar disebabkan tiada penyumbang dan tidak mempunyai stok.

Kami akan membuka semula program wakaf setelah buku itu mempunyai stok.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang wakaf. 

 

SENARAI PENERIMA WAKAF BAHTERA PENYELAMAT

 

BIL PENERIMA WAKAF ALAMAT

KUANTITI DIPERLUKAN

KUANTITI DIHANTAR TARIKH HANTAR
1 Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah 17200 Lemal, Pasir Mas 100 100 9/3/2016
2 Madrasah Pondok Sungai Durian 18000 Kuala Krai 500  155 20/12/2016 
3 Pondok Pengajian Safinatunnajah Batu 7 3/4, Kg.Pendiat Bota Kanan 32600 Bota, Perak. 20 20 9/3/2016
4 Madrasah Fununiah Tunjuniah KM 7 Jln Kuala Krai,16010 Mulong, Kota Bharu 20 20 9/3/2016
5 Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir Kg Beta Hilir,15150 Kota Bharu 20 20 9/3/2016
6 Madrasah Darul Muttaqin Pondok Lepan Bola, Lawang , Batu Gajah, 17510 Tanah Merah 40 40 9/3/2016
7 Pondok Moden Saadah Addraain Lot 2849, Jalan Cempaka, Batu 10,Kebun Baru, Telok Panglima Garang,42500 Kuala Langat,Selangor. 20 20 9/3/2016
8 Darul Ulum Al-Islamiyyah KM 3.5, Leboh AMJ, Balai Panjang ,75250 Melaka 20 20 9/3/2016
9 Madrasah Al Yamani 12H Tingkat 8, Blok A, Flat PKNS, Jln Raja Muda Musa 50300 20 20 9/3/2016
10 Pusat Islam Unit Hospital Mesra Ibadah Hospital USM 16150 Kubang Kerian, Kelantan 20 20 9/3/2016
11 Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus 20 20 9/3/2016
12 Pondok Al-Quran Darun Najah Kg RTP Lebu,28700 Bentong,Pahang. 20  20 1/4/2016 
13 Persatuan Fardhu Ain dan Al-Quran (PEKA) Masjid Al Hidayah p/s 237, Kg.Kukut 89807 Beaufort, Sabah 20  20 26/3/2016 
14 Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi,14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 4  4 25/4/2016
15 Surau Kediaman SP Saujana Surau Kediaman SP Saujana, Sungai Petani, Kedah. 22  22 1/4/2016 
16 Masjid Baitul Rahman Masjid Baitul Rahman, Kompleks Kembara Sakti, Felda Sahabat 42, Peti Surat 42, Pos Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah 11 11  26/3/2016
17 Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cawangan Acheh (PKPMI-CA) 25  0 Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
18 Masjid Abidin Kuala Terengganu Masjid Abidin Kuala Terengganu (Masjid Negeri) Jalan Masjid, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu 6  6

25/4/2016 

19 Surau Arrayyan Taman Mutiara Surau ArRayyan Taman Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan 20 20   28/3/2016
20 Surau At Taqwa Surau At Taqwa, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Brickfields, Jln Ang Seng 4, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur 30  30  1/4/2016
21 Surau Baqiyatun Solehah Surau Baqiyatun Solehah, Kuarters Bomba Jln Matang Baru, Kuching, Sarawak. 12  12  25/4/2016
22 Madrasah Tarbiyah Islamiyyah Darul hijrah Madrasah Tarbiyah Islamiyyah Darul Hijrah Kompleks Tahfiz & Anak Yatim No. 775-A Kg. raja Baran Chendering 21080 Kuala Terengganu, Terenggu. 150 150   7/9/2016
23 Madrasah Nur Iman Madrasah Nur Iman (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman) Kuantan, Pahang. 35  35  1/4/2016
24 Surau Al Hijrah Surau Al Hijrah, Bandar Warisan Puteri, 70400 Seremban, Negeri Sembilan 15  15 1/4/2016 
25 Maahad Tahfiz Al-Munawwarah Lot 1692,Lorong Temenggung Hj Gobil 14, 93050, Kuching Sarawak 18  18

25/4/2016 

26 Masjid Alwi Persiaran Jubli Emas (Persiaran Jubli Emas), 01000 Kangar, Perlis, Malaysia 7

 

7

 25/4/2016
27 Surau Al Munawwar Tingkat Bawah, Blok A, Taman Tropika, Sg Tangkas, Kajang 43000 Selabgir 20  20  25/4/2016
28 Masjid Kampung Telok Malek Mukim Naga, K280, Kampung Parit Lateh, 06000, Jitra , Kedah 10  10  25/4/2016
29 USJ Pejabat Agama Islam Mukah Lot 718, Blok 68, Jalan Wawasan , 96400 Mukah, Sarawak 30  30  25/4/2016
30 Jabatan Hal Ehwal Negeri Kedah(Surau Kediaman SP Saujana) Jabatan Hal Ehwal Negeri Kedah, Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja 05676 Alor Setar, Kedah 22  22 25/4/2016 
31 Maahad Tahfiz D itqan Maahad Integrasi Tahfizul Quran An Nasr (D ITQAN) Lot 1467, Batu 39, Jalan Banting, Dengkil, Kg. Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor. 75  75 7/9/2016 
32 Jabatan Mufti Perlis Jabatan Mufti Perlis, Tingkat 1,Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat, 01000 Kangar, Perlis 7  7  25/4/2016
33 AJM-Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd AJM-Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd. 8 Suria, Block A,33, Jalan PJU 1/42, 47301 Petaling Jaya, Selangor. 40  40  7/9/2016
34 Masjid Dato' Haji Kamaruddin Masjid Dato' Haji Kamaruddin Seksyen 51A, 46050 Petaling Jaya, Malaysia 30 30  7/9/2016 
35 Maahad Tahfiz Al- Kholidi Maahad Tahfiz Al-Kholidi, Selangor, Malaysia 60  0 Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
36 Surau Nurul Falah Surau Nurul Falah,Persiaran Seri Junjung, Kawasan 14 Tman Sungai Sireh, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia 5 21/6/2016
37 Madrasah Kampung Belukar Madrasah Kampung Belukar, 16600, Pulai Condong, Machang ,Kelantan 15 15  7/9/2016 
38 Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah Pusat Pengajian Tahfiz Darul Falah, Kampung Limau Purut 17200 Rantau Panjang Kelantan 30  0  Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
39 Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin Cawangan Air Kuning Lot 7732, Jalan Banjir, Kg. Baru Air Kuning 31920, Kampar, Perak 65  65  7/9/2016
40 SMKA Dato' Haji Abbas SMKA Dato' Haji Abbas, 21060 K.Terengganu, Terengganu 80  80 7/9/2016 
41 Institut Al Quran Terengganu Kampus Padang Midin Institut Al Quran Terengganu Kampus Padang Midin 21400 Marang Terengganu 20  20 7/9/2016 
42 Pusat Tahfiz al-Quran Masjid Bandar Mas Pusat Tahfiz al-Quran Masjid Bandar Mas,Bandar Mas,81900,Kota Tinggi,Johor Darul Ta'zim 20  20 21/6/2016
43 Surau Sayidina Umar Surau sayidina Umar Blok E Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor 30  0 Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
44 Sekolah Menengah Islam IQKL Sekolah Menengah Islam IQKL, Lot 2916, Jalan 3/7 1B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 6000 Kuala Lumpur. 256  0 Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
45 Kfch International College No.1, Bandar Dato' Onn1, Bandar Dato' Onn, 81100 Johor Bahru, Johor. 3  5 21/6/2016
46 Akademi Tahfiz & Pengajian Turath No. 9, Tingkat 1&2, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam. 250  0  Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
47 Kuliah Tafaqquh Fiddin MRSM Pasir Salak MRSM Pasir Salak, Jalan Tanjung Tualang, 36800, Kg. Gajah,Perak 200  0  Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
48 Abdul Rahman B. Bahari Mujamma' Ibn Sunni Li Al-Talaqqi (MUSHTAQ), No. 1 B, Pondok Bukit Jagung, Mk. Padang Pusing, 06700 Pendang, Kedah 200  0  Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
49 Majlis Perbandaran Nilai 1, Persiaran Pusat Bandar, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia 20  0  Tiada stok dan tiada sumbangan wakaf diberikan. 
 50 Nazirah Nur Mukmin Misi Wakaf Quran Umat Islam Filipina 10  10  1/4/2016
    JUMLAH YANG DIPERLUKAN  2683

1269

 

 

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN-13: 978-967-411-762-7
Tarikh Terbit: 16 Jan 2016
Jumlah Muka Surat: 256
Berat (Kg): 0.38
===========================

Buku ini mempersembahkan huraian sebuah kitab ringkas berkenaan dasar-dasar asas ilmu fiqh berdasarkan panduan Mazhab Syafi'i.

Seiring dengan kesedaran agama sosial semasa, buku ini begitu solid (padat) dan mudah, serta secara langsung membincangkan kesimpulan hukum fiqh tanpa menyertakan dalil dan dasar penetapan hukum dengan begitu panjang lebar dan memberatkan.

Disebabkan itu, ia begitu sesuai untuk rujukan pantas dan segera para pelajar dan orang-orang yang baru ingin mengenali Islam.

Buku ringkas ini mencakupi panduan lengkap dan kukuh, dimulai dengan bab dasar-dasar akidah, taharah (bersuci), diikuti pula pelbagai penerangan berkaitan solat, pengurusan jenazah, dan zakat.

 

ISI KANDUNGAN

Nota Penerbit

Pendahuluan

Biografi Penulis

 

Bahagian 1: Akidah

  • Fasal 1: Rukun Islam
  • Fasal 2: Rukun Iman
  • Fasal 3: Makna Kalimah Tauhid

Bahagian 2: Taharah (Bersuci)

  • Fasal 4: Tanda-Tanda Baligh
  • Fasal 5: Syarat Membolehkan Penggunakan Batu ketika Istinjak
  • Fasal 6: Perkara Fardhu dalam Wuduk
  • Fasal 7: Niat dan Tertib ketika Wuduk
  • Fasal 8: Hukum-Hakam berkaitan Air
  • Fasal 9: Perkara yang Mewajibkan Mandi
  • Fasal 10: Perkara Fardhu Semasa Mandi Wajib
  • Fasal 11: 10 Syarat Wuduk
  • Fasal 12: Perkara yang Membatalkan Wuduk
  • Fasal 13: Perkara yang Diharamkan ke atas Mereka yang Berhadas
  • Fasal 14: Sebab-Sebab Membolehkan Tayammum
  • Fasal 15: Syarat Tayammum
  • Fasal 16: Perkara Fardhu dalam Tayammum
  • Fasal 17: Perkara yang Membatalkan Tayammum
  • Fasal 18: Najis yang Menjadi Suci
  • Fasal 19: Pembahagian Najis
  • Fasal 20: Menghilangkan Najis
  • Fasal 21: Haid dan Nifas

Bahagian 3: Solat
  • Fasal 22: Keuzuran Solat
  • Fasal 23: Syarat Solat
  • Fasal 24: Hadas
  • Fasal 25: Aurat
  • Fasal 26: Rukun Solat
  • Fasal 27: Niat dalam Solat
  • Fasal 28: Syarat Takbiratul Ihram
  • Fasal 29: Syarat Membaca Al-Fatihah
  • Fasal 30: Tasydid pada Al-Fatihah
  • Fasal 31: Mengangkat Kedua-Dua Tangan ketika Takbir
  • Fasal 32: Syarat Sujud
  • Fasal 33: Penutup: Anggota Sujud
  • Fasal 34: Tasydid (Sabdu) dalam Tasyahhud
  • Fasal 35: Tasydid dalam Selawat ke atas Nabi s.a.w.
  • Fasal 36: Salam yang Ringkas
  • Fasal 37: Waktu Solat
  • Fasal 38: Waktu yang Diharamkan untuk Bersolat
  • Fasal 39: Saktah (Berhenti Sebentar) dalam Solat
  • Fasal 40: Rukun yang Diwajibkan Ada Toma’ninah
  • Fasal 41: Sebab-Sebab Sujud Sahwi
  • Fasal 42: Sunat Ab’adh dalam Solat
  • Fasal 43: Perkara yang Membatalkan Solat
  • Fasal 44: Perkara yang Mewajibkan Niat Menjadi Imam
  • Fasal 45: Syarat Menjadi Makmum (Qudwah)
  • Fasal 46: Bentuk-Bentuk Bermakmum kepada Imam
  • Fasal 47: Syarat Jamak Taqdim
  • Fasal 48: Syarat Jamak Ta’khir
  • Fasal 49: Syarat Qasar
  • Fasal 50: Syarat Jumaat
  • Fasal 51: Rukun Dua Khutbah
  • Fasal 52: Syarat Dua Khutbah

Bahagian 4: Pengurusan Jenazah

  • Fasal 53: Kewajipan ke atas Si Mati
  • Fasal 54: Proses Memandikan Mayat
  • Fasal 55: Mengkafankan Mayat
  • Fasal 56: Rukun Solat Jenazah
  • Fasal 57: Mengebumikan Si Mati
  • Fasal 58: Hukum Mengeluarkan Si Mati daripada Kubur
  • Fasal 59: Hukum Isti’anat

Bahagian 5: Zakat
  • Fasal 60: Harta yang Diwajibkan Zakat

Penutup

No posts found

Write a review

FAQ / Soalan Lazim

 

Q:  Kalau saya beli online di Bookcafe, berapa lama masa yang diambil untuk pesanan dihantar kepada saya?

A : Biasanya penghantaran dibuat (parcel dihantar ke kurier) dalam masa 24 jam (hari bekerja) selepas pembayaran diterima. Kami akan bekalkan setiap pelanggan dengan tracking no untuk disemak status penghantaran dengan pihak kurier. Pada kebiasaannya, parcel akan diterima oleh pelanggan selepas 1 - 3 hari pesanan dibuat. Kami juga tawarkan SAME DAY DELIVERY untuk penghantaran ke kawasan tertentu.

 

Q:  Adakah semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock?

A : Ya, semua produk/buku di Bookcafe berstatus ready stock kecuali produk yang ditandakan dengan label PRE-ORDER. Dengan ini kami boleh menghantaran pesanan pelanggan dengan lebih pantas.

 

Q:  Bagaimanakah cara untuk membeli buku di Bookcafe?

A : Cara-cara membeli di Bookcafe adalah mengikut aturan di bawah. Panduan lanjut baca di SINI.

Cara Beli Buku

Q : Bagaimana pula cara pembayarannya?

A : Ketika proses BAYAR atau CHECKOUT, pelanggan boleh memilih cara pembayaran yang sesuai dengan kesesuaian pelanggan. Terdapat 9 cara pembayaran iaitu melalui Maybank2u, Debit/Kredit Kad, Cimb Clicks, Rhb Now, MEPS (Menyokong AffinBank, Ambank, Hong Leong Connect, Bank Islam, Public Bank, Webcash), Paypal, Bank In (Dibekalkan No Akaun Bank Kami), Cek dan juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Q : Berapakah anggaran kos penghantaran pesanan saya?

A : Kos penghantaran bergantung kepada berat buku yang anda beli. Baca lanjut di SINI.

 

Q : Apa yang boleh saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

A : Pelanggan boleh menghubungi kami samada secara email di orders@bookcafe.com.my atau telefon 03-6185-0718 untuk aduan berkaitan pesanan. Pejabat kami beroperasi dari 9.00 pagi - 5.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

NOTA

1. CABUTAN BERTUAH: Kami pilih satu pemenang sahaja setiap bulan, mengikut cabutan nombor order.

2. FREE MEMBERSHIP: Diskaun 10% untuk semua produk sepanjang tahun 2017. Boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

 Sebarang masalah, kekeliruan & pertanyaan, mohon sertakan NO. ORDER & emelkan terus ke orders@bookcafe.com.my untuk maklum balas segera.