Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

5 Bahan dalam 1 Menu (L181)

RM15.00
Weight: 0.34 kg 
978-967-411-464-0
87 pieces
+

Format: Paperback
Saiz: 7.5" x 10"
ISBN-13: 978-967-411-464-0
Tarikh Terbit: 2 Mar 2015
Jumlah Muka Surat : 104

Berat (KG) : 0.34

===========================

 

Gabungan 46 resipi yang pasti membuat pembaca tidak sabar untuk memasak. Tanpa menggunakan bahan yang banyak, buku ini dapat memberikan idea dalam penyediaan menu harian.

Bermula dengan resipi pembuka selera, diikuti dengan hidangan utama dan ditutup dengan pencuci mulut.

Disertakan dengan gambar-gambar yang menarik, himpunan resipi di dalam buku ini pasti memenuhi cita rasa pembaca.

==============

Nampaknya selepas ini tiada lagi menantu yang takut beraksi memasak di depan ibu mertua.

Buka sahaja buku ini, kacau-kacau kuali sebentar, dan siaplah makanan lazat yang akan merangsang deria rasa seisi keluarga.

Hanya menggunakan lima bahan utama bagi setiap resipi, begitulah bagaimana buku ini diatur.

Seakan tidak percaya, tetapi ianya memang fakta. Masakan tradisional melayu dan barat, samada hidangan utama mahupun pencuci mulut. Lengkap!.

Luas kemahiran masakan dan tidak lokek berkongsi ilmu, dua sifat Chef Fazalina yang jelas tergambar dari hasil karyanya kali ini. Setiap masakan disertakan dengan tips bagi membantu pembaca terutama bagi yang masih bertatih dalam dunia masakan.

Ilustrasi serta gambar yang disediakan tidak hanya cantik di pandangan mata dan membuat kecur air liur, tetapi ia juga berguna sebagai panduan ketika menyediakan bahan-bahan serta memasak. Pernah terbayang bagaimana rupa daging ayam yang diketuk nipis?

Agak-agaknya apa pula perkakas yang sesuai digunakan untuk mengetuk itu? Semuanya ada dalam buku nipis ini.

Kembalikan kenangan bermain masak-masak di zaman kanak-kanak anda. Cuma kali ini ia bukan fantasi lagi, tetapi realiti. Siapa yang tidak mahu memasak menggunakan bahan yang sedikit tetapi hasilnya mantap.

Letak itu letak ini, siap satu masakan untuk dihidang. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari resipi-resipi dalam buku  ini. Ibu mertua anda pasti tertawan!

Masam manis si asam jawa,

Mana lawan si mangga muda,

Sedang nipis terlihat ia;

Ilmu dalamnya siapa yang sangka.

 

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 10 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). 

Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI