Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


Dua Syurga dalam Hatiku (M13)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.41 kg
OP
1 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list

===========================
Format: Paperback
Saiz: 4.5" x 7.25”
ISBN-13: 978-967-408-090-7
Jumlah Muka Surat: 528
Berat (Kg): 0.42
===========================

 

Kepulangan isteri tercinta, Nur Wardah ke pangkuan Ilahi membuatkan Engku Ashraf hilang arah. Pada ketika cinta mereka mula bersemi, Nur Wardah pergi tidak kembali lagi.

Ketiadaan Nur Wardah membuatkan Engku Ashraf mula sedar, hidupnya cinta bukan kerana harta. Harta dunia sama sekali tidak membawa bahagia, malah derita berpanjangan buat diri Engku Ashraf. Dek kerana harta, dirinya diracun hingga hampir meragut nyawanya.

Hidupnya cinta bukan kerana kepercayaan. Pada ketika hati Engku Ashraf terbuka bagi mencari pengganti Nur Wardah, dirinya dikhianati. Wanita yang paling dipercayainya rupa-rupanya menikamnya dari belakang.

Pada saat Engku Ashraf rebah dan tersungkur, kemunculan Ameesha menjadi penyelamat segala-galanya. Wanita seiras Wardah itu mengisi kekosongan hati Engku Ashraf yang sekian lama tidak berpenghuni. Saat mereka hampir disatukan, Suraya kembali hadir dan membuat onar demi melunaskan amarah yang sekian lama dipendam. Mampukah cinta Ameesha dan Engku Ashraf bersatu akhirnya?

 

*******************************************************

REVIEW

 

Patah tumbuh, hilang berganti. Walaupun yang berganti pastinya tidak sama, namuun ia mempunyai kelebihan yang tersendiri. Dan setiap orang memerlukan masa untuk menerima dan serasi dengan mana-mana pengganti, lebih-lebih hati pengganti untuk mengisi kekosongan di hati. Inilah situasi yang dihadapi oleh Engku Ashraf selepas kematian isterinya yang tercinta.

Pada waktu hati Engku Ashraf terbuka untuk mencari pengganti, dirinya dikhianati oleh wanita yang paling dipercayainya. Disebabkan dendam kesumat dan kegilaan kepada harta kekayaan dunia, Engku Ashraf nyaris terkorban kerana termakan racun yang ditujukan kepadanya. Semua rencana ini dilakukan oleh musuh di dalam rumahnya sendiri, bersama suatu konspirasi yang terancang.

Saat dirinya terkapai-kapai perlukan teman untuk mengadu, Engku Asraf ditakdirkan bertemu dengan Ameesha, seorang wanita ayu yang seiras dengan bekas isterinya. Hatinya yang selama ini tertutup untuk menerima wanita lain dalam hidupnya kini terbuka. Namun, saat Engku Ashraf dan Ameesha ingin disatukan, musuh ketatnya kembali membuat onar. Perjalananan cerita semakin rumit dan adakah akhirnya suatu kebahagiaan?

Klimaks, konflik dan perjalanan cerita dalam novel ini akan membawa kita menyaksikan suatu kisah cinta suci yang sentiasa diuji dengan takdir yang makin mengukuhkan cinta. Sejak dari novel yang pertama, Hantaran Kasih Tuhan, perjalanan cinta Engku Ashraf diteruskan lagi dalam novel kedua ini, Dua Syurga dalam Hatiku. Dwilogi novel ini pastinya menggamit jiwa, menimbulkan rasa dan membangkitkan cinta.

No posts found

Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI