Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Doa Ajaran Sahabat (L185)

RM14.00
Price in points: 14 points
Weight: 0.20 kg
978-967-5137-27-3
3 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5137-27-3
Tarikh Terbit: 10 Feb 2009
Jumlah Muka Surat : 208

Berat (KG) : 0.20

Doa adalah inti kehidupan, pengaduan hamba kepada Tuhan, daripada mahkluk kepada Pencipta. Ibu ibadah adalah doa. Ibu segala kehidupan, semua gerak geri adalah doa. Doa yang sesuai dengan syariat adalah doa  yang sesuai dengan ajaran Allah, yang ditunjukkan di dalam al-Quran dan sunnah lalu dipraktikkan oleh para sahabat dan para wali. Elakkan daripada tersalah memilih doa, kerana kesalahan itu akan ternampak dalam kehidupan.

Buku ini memuatkan doa para sahabat Rasulullah, para wali dan orang soleh yang terbukti mustajab. Setiap doa dilengkapi dengan gaya bahasa bertutur dan mengalir.

Pengantar Doa

Doa Sahabat dan Aulia 

Doa Melihat Kemungkaran  
Doa Memohon Keampunan Dosa  
Doa Masuk Rumah dan Sebelum Makan 
Doa Memohon Dicintai Allah 
Doa Supaya Iman Teguh 
Doa Memohon Kemuliaan di Sisi Allah dan Malaikat, Diampunkan Dosa dan Kenikmatan Beribadah   
Doa Terhindar dari Dianiaya Pemerintah 
Doa Hendak Bersetubuh  
Doa Di Saat Hati Gelisah   
Doa Takut dari Kejahatan  
Doa Takut  Ditipu
Doa Memohon Masuk Syurga  
Doa Memohon Dimasukkan dalam Golongan yang Baik 
Doa Memohon Diampunkan Segala Dosa  
(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)  

Doa Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Doa Memohon Supaya Mampu Melakukan Amal Soleh   
Doa Memohon Keseimbangan Amal Dunia dan Akhirat
Doa Memohon Berlindung dari Segala Perkara Buruk
Doa Memohon Ketaatan pada Tuhan
Doa Memohon Ketetapan Hati pada Tuhan
Doa Memohon Didekatkan dan Disucikan Hati pada Tuhan 
Doa Memohon Keredaan Tuhan  
Doa Memohon Kebaikan bagi Orang Lain  
Doa Memohon Dapat Melihat Tuhan  
Doa Memohon Diberi Kesucian Fikiran   
Doa Memohon Kebaikan untuk Guru 
Doa Memohon Ampunkan Dosa  
Doa Memohon Dilimpahkan Nikmat dan Pertolongan Tuhan
Doa Memohon Disayangi Allah
Doa Memohon Ilmu Mengenai Tuhan 
Doa Memohon Selalu Berada dalam Kebaikan  
Doa Memohon Diberi Hidayah  
Doa Memohon Kenikmatan Mendekatkan Diri dengan Tuhan
Doa Memohon Tetap Mengingati Allah 
Doa Memohon Selalu Bersama Allah   
Doa Memohon Didekatkan dengan Tuhan  
Doa Memohon Tetap dalam Tauhid 
Doa Memohon Reda Menerima Takdir
Doa Memohon Diberi Rezeki 
Doa Memohon Dijauhkan dari Bencana 
Doa Memohon Dikuatkan Agama  
Doa Memohon Dijauhkan Sifat Syirik   
Doa Memohon Dijauhkan dari Tabiat Buruk   
Doa Memohon Diberi Kekayaan Hati 
Doa Memohon Supaya Selalu Sedar ketika Lalai 
Doa Memohon Kebaikan untuk Semua 
Doa Menjelang Ajal Menjemput

Doa Orang Baik

Doa Pujian Kebesaran Tuhan    
—Doa Dzun-Nun Al-Mishri—  
Doa Memohon Dibukakan Mata Hati
—Doa Dzun-Nun Al-Misri—  
Doa Memohon Ampunkan Kesalahan   
—Doa Dzun-Nun Al-Misri—  
Doa Yusuf bin Al-Husain   
Al-Junaid   
(dipetik dari kitab Al-Munajat)
II  
Doa Abu Said Ad-Dinawari  
Doa Umar bin Bahr dari Asy-Syibli   
Doa Yahya bin Mu’adz Ar-Razi 
II   
III   
V   
VI  
Doa Sari As-Saqathi  
Doa Ibrahim Al-Maristani 
Doa Abu Ubaid dari Aisyah  
Doa Sebahagian Guru Sufi   
Doa Seorang Sufi

Allah menyatakan dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 186,

“Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku, maka jawablah aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada ku. Kerana itu, hendaklah mereka memenuhi segala perintah ku dan beriman kepada ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Ayat ini menjelaskan, pertama, jarak hubungan antara manusia dengan Allah adalah dekat. Oleh itu, Allah sentiasa mendengar doa setiap hambanya di dunia ini dan Allah berjanji menunaikan segala doa yang kita minta. Sebagai syarat doa kita diperkenankan, kita sebagai hambanya perlu melakukan segala perintah Allah dan menjauhi setiap larangannya. Kita juga perlu percaya sepenuhnya pada kekuasaan dan kasih sayang Pencipta iaitu Allah.

Nabi Zakaria menyatakan dengan tegas bahawa Tuhan tidak akan mensia-siakan doa setiap hambanya.

“Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan berkata, ‘Ya Tuhanku, berilah aku dari sisimu   seorang anak yang baik. Sesungguhnya engkau maha mendengar doa.’”
-Surah Ali Imran, ayat 38-
 
“Tuhan kamu berkata, ‘Berdoalah kepadaku, pasti akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahku (berdoa) akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.’”
 -Surah al Mukmin, ayat 60 -

Dalam ayat di atas, ada beberapa pengajaran.Pertama, Allah menyuruh kita supaya tidak berasa malu berdoa, memohon ampun dan pertolongan Allah. Allah mengajar kita cara memohon. Kedua, apabila berdoa, lakukan dengan sepenuh hati. Dengan menunjukkan kesungguhan dan kesedaran sebenarnya  manusia ini sangat kecil di hadapan Allah. Kita perlu sedar bahawa tanpa pertolongan dan kemurahan Allah,  kita tidak akan memiliki sesuatu pun di dunia ini. Tidak akan termakbul segala doa yang diucapkan oleh kita kerana hati kita jauh dari Tuhan. Manakala yang ketiga, sikap sombong diri tidak membawa faedah dan hanya menjerumuskan individu itu kepada lembah hina dan rasa menyesal.

Tuhan menyatakan dalam surah al-A’raf , ayat 55 hingga 56,
 
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan  merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

Dalam dua ayat itu, Allah memberi kita pengajaran iaitu cara berdoa yang baik dan menjadikan doa itu dimakbulkan. Antaranya, pertama, merendahkan diri di hadapan Allah. Kedua, berdoa dengan suara yang lembut dan menyebut perkataan yang jelas. Ketiga,  tidak berdoa dengan cara yang melampau seperti meninggikan suara. Kita disuruh meminta kepada Allah dengan perkara yang baik dan bersesuaian dengan diri masing-masing, Keempat, semasa berdoa,  hati dan perasaan  perlu sepenuhnya berharap dan berasa bimbang. Meskipun adakalanya tidak berapa yakin, jangan sekali-kali berputus asa pada rahmat Allah. Kelima,  atas  rahmat Allah  membolehkan doa seseorang itu dimakbulkan terutamanya mereka yang melakukan amalan yang baik. Amalan melakukan kebaikan itu bukan sekadar hanya untuk manusia tetapi juga berbuat baik kepada Allah dan makhluk ciptaan Allah  yang hidup di dunia ini.

Bagus sangat2...memang wajib ada pada setiap keluarga,penerangan cara berdoa dengan betul dan jelas.
Write a review

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI