Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Diari Ahli Neraka: Segala Siksaan Paling Mendera, Neraka Tempatnya! # (L42)

RM12.00
Price in points: 12 points
9789671621790
28 pieces
+
Add to wish list
Tajuk: Diari Ahli Neraka: Segala Siksaan Paling Mendera, Neraka Tempatnya!
ISBN: 9789671621790
Penerbit: Blink Trading
Penulis: Zaki Zainal & The Typewriter
Tahun Terbitan: 2019
Muka Surat: 115
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.15kg
Dimensi (cm): 19cm x 12.7cm x 0.6cm
 
SINOPSIS
 
Aku meninjau-ninjau setiap sudut. ‘Menyambut’ ketibaan setiap penghuni neraka… air mendidih dijiruskan tepat ke atas kepala… melecur semua! Menjerit melolong menghadapi kesakitan yang paling mendera!

Sedaya upaya aku berusaha menjauhkan penglihatan dari menyaksikan seksaan. Namun, telinga masih dapat menangkap rintihan mereka. Merayu-rayu meminta sesuatu demi menghilangkan dahaga. Ya… tentu sekali keinginan untuk minum sangat tinggi. Berada dalam keadaan panas yang keterlaluan begini.

Melihat gelas-gelas berisi minuman, aku mulai mengurut dada.

“Mujur masih ada belas kasihan.”

Namun sangkaan itu meleset. ‘Minuman’ itu sebenarnya adalah besi yang sudah melebur cair. Berebut-rebut ahli neraka mencapainya seolah-olah itulah air yang sangat lazat. Ajaib, mereka masih mengambil dan meminumnya!

Jika tidak… pilihan lain adalah air nanah mengalir. Ia tidak ubah seperti sungai yang panjang. Nanah itu terkumpul akibat luka dan kesakitan para penghuni neraka juga. Busuk hanyirnya, memualkan! Nanah itu juga mempunyai bisa luar biasa. Sebaik sahaja diminum melepasi kerongkong, ahli neraka meraung-raung. Sakit bukan kepalang!

Aku terpempan menyaksikan segala penyeksaan. Inilah isi neraka dan akulah ahlinya!

Penerbit:
Blink Trading
Tahun Diterbitkan:
2019

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI