Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Di Dunia Ada Syurga (L149)

Rak: L87
RM11.90
Price in points: 12 points
Weight: 0.19 kg
978-983-3372-67-6
1 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3372-67-6
ISBN-10: 983-3372-67-8
Tarikh Terbit: 12 Oct 2009
Jumlah Muka Surat : 152

Berat (KG) : 0.19

===========================

Buku ini mengisahkan liku-liku kehidupan yang perlu dilalui oleh seorang insan bernama wanita. Setiap cubaan dan dugaan yang datang, diharungi penuh sabar dan disusuli dengan tahajud serta doa pengharapan supaya insan lemah ini mampu menempuhnya, di samping tidak lupa kepada Allah yang maha mengasihani pada setiap hambanya.

Pendahuluan
Tuhan yang Maha Kuasa dan Tidak Pernah Letih   

Bab 1: Catatan Hati di Setiap Sujudku   

Bab 2: Jalan Menuju Rumahmu   

Bab 3: Keajaiban Doa   

Bab 4: Rindu Kami Bertemu dalam Tahajud   

Bab 5: Aku Ingin Selalu Berada Dekat Denganmu   

Bab 6: Api Menyala di Atap Rumah Kami   

Bab 7: Dalam Sukar, Ada yang Ingin Dikatakannya   

Bab 8: Ibu   

Bab 9: Rumah Hijau dalam Hati Kami   

Bab 10: Bukan Kerana Allah Tidak Sayang   

Bab 11: Gadis yang Membuat Saya Cemburu   

Bab 12: Catatan Kecil daripada Malam-malam yang Panjang   

Catatan Hati di Setiap Tahajudku
“Ikhlaskanlah….”
Saya menggelengkan kepala. Saya tidak boleh. Saya menarik nafas berkali-kali. Saya belum dapat melakukannya.
“Ikhlaskanlah. Mohon yang terbaik, bukan untuk kita, tetapi untuk Adam,” kata Isa lagi.
Air mata saya mengalir deras. Adam, bayi kecil saya, usianya baru empat hari, semasa ujian itu datang.
Saya tidak boleh melupakan hari itu. Saya memangku Adam di atas tempat tidur pada waktu dinihari. Anak kecil saya sudah bangun dan menatap saya dengan matanya yang bulat dan besar itu. Saya tidak ingat apa yang saya cakapkan kepada Adam ketika itu, tetapi saya ingat yang saya berhenti bercakap apabila saya lihat bahagian tubuh kirinya menggigil. Gigilan itu berulang-ulang, namun ia hanya membuat saya panik dan cemas empat jam kemudian. Bodohnya saya!
“Kita berharap Adam hanya diserang sawan. Itulah kemungkinan terbaik,” kata Dr. Jahja Zakaria. Doktor sama yang merawat Salsa, gadis kecil berusia empat tahun, anak perempuan pertama kami, sejak kecil. Kemungkinan lain?
“Ada kelainan dalam otak ataupun pendarahan. mudah-mudahan bukan itu.”
Ya Allah… sungguh kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku. Beberapa jam lalu, Adam masih sihat. Anak kedua kami adalah anak yang comel, tidak banyak ragam. Badannya yang montel membuat sesiapa yang melihatnya geram.
Semua itu masih terbayang dalam kepala semasa saya menatapnya di dalam bilik rawatan khas. Adam hampir tidak muat di dalam kotak kaca yang disediakan oleh jururawat. Selain peralatan yang melekat pada tubuhnya, Adam seperti bayi montel yang sedang tidur nyenyak.
“Kekejangan yang dialami Adam disebabkan oleh pendarahan dalam otak.”
Kata-kata doktor itu mengejutkan kami. Saya rasa jantung saya seperti dicabut keluar ketika mendengar penjelasan doktor. Saya hampir tidak percaya. Dua hari lalu, Adam dalam keadaan baik. Masih lagi bermain dengan kakaknya, Salsa. Malah, saya baru sahaja membawa Adam ke hospital yang sama bagi mendapatkan imunisasi Hepatitis B. Tetapi sekarang?

Rak:
L87

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI