Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


DENTANG (L126)

RM25.00
Weight: 0.17 kg
9789672013013
6 pieces
+
Add to wish list
Format: Paperback
ISBN: 9789672013013
Penulis: Saharil Hasrin Sanin 
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 200
==================== 

 

1. DENTANG adalah novel fiksyen. Tak macam KENTANG (ilustrasi) dan TENTANG (esei). Ketiga-tiga buku adalah trilogi dalam genre berbeza.

2. Watak utamanya bernama Dentang. Dia mengembara dari London, hingga ke Lahad Datu. Tapi novel ni bukan kisah dia. Novel ini tentang hidup watak-watak di sekeliling Dentang, serta pengalaman dan falsafah yang diturunkan oleh mereka, zahir atau simbolik. Sihat atau sakit. Hidup atau mati. Realiti atau dongeng.

3. Ada lelaki bertubuh separuh ikan separuh itik berenang dari China ke Mersing. Ada watak buta yang mencari arah dengan menggunakan bunyi. Ada watak yang memang seleranya pada beruang, lalu dia kahwin dengan seekor beruang. Ada perempuan yang dari awal cerita sampai ke sudah asyik menangis. Banyak lagi lah!

 

 

===========================================================================================================

Saharil Hasrin ialah seorang penulis, ilustrator dan pereka visual berpangkalan di Kuala Lumpur. Karya-karya beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Hadiah Sastera anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hadiah Sastera Darul Takzim Kerajaan Johor, dan Selangor Young Talents Awards dari Kerajaan Selangor. Lukisan-lukisan beliau pernah dipamerkan di Galeri  Annexe pada tahun 2008, 2009 dan 2010 dan mendapat pendedahan oleh Senikini terbitan Balai Seni Lukis Negara.

 

'Tulisan si Genius. Nama Saharil seolah-olah sudah menjadi seperti jenama kepada pembaca-pembaca bercita-rasa hip, urban dan berfikiran lebih terbuka tentang sesuatu isu."
- Roslan Jomel, juga seorang penulis genius dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.



"Kalau hendak saya gambarkan Saharil dengan satu perkata sahaja, saya akan kata, Saharil = Ekstravaganza! Kaiau saya jadi KP DBP nanti, saya akan tukar perkataan 'Ekstravaganza' dalam Kamus Dewan jadi 'Saharil'."
- Sinaganaga, dilabel sebagai Chief Gerakan Indie Malaysia oleh Biro Tatanegara.



"Walaupun bukan melukis, tetapi penulisan (Saharil) cukup untuk mewujudkan warna-warna yang meletupkan sempadan kebebasan, idealisme, dan revolusi."
- S. M. Zakir, penerima Anugerah Penulisan S.E.A Write Awards.



"Semua perasaan yang boleh ditemui di mukabumi boleh dikecap semasa membaca buku (Saharil): benci, suka, girang, sedih, berang, teruja, terkesima, tersentuh, sentap dan marah.“ - Dr Rem (Ramzah) Dambul, penyair, pelukis dudel, klimatologis, dan selebriti media sosial.



“(Saharil) akan membuat kita terjerat, dalam penggambaran grafik ganas yang tersilang indah dengan humor, atau memerangkap kita di dalam emosi hiba. Kadang-kadang, kita terasa jenaka dan sedih sekali gus (dan hal ini amat susah untuk dibuat oleh mana-mana penulis).“  - Fadli al-Akiti, Editor Dewan Sastera



"Saharil selalu ada sisi lain yang dilihatnya pada sesuatu perkara yang nampak biasa. ltulah ciri pengarang kreatif!“  - Nisah Haron, penuiis dan mantan karyawan residen di International Writing Program, Iowa, Amerika.

 

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI