Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 

Cukuplah Allah Bagiku (L116)

Rak: L102
"Selagi tidak diuji, selagi tidak tersungkur, Kau tidak akan rasai bagaimana nikmatnya hidup bertuhan." - thebingkisanhati
RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.24 kg 
9789830977201
Out-of-stock

SINOPSIS / SARI RANSANG

 

Kau bukan wanita BERPURDAH,
tapi MALU kau tak pernah PUDAR.
PAKAIAN kau bukan persis USTAZAH,
tapi kau seorang HAFIZAH.
30 JUZUK tersemat di dada,
tapi tak pernah kau JAJA DI MEDIA SOSIAL.
 
 
"Jika nilai solehah diukur daripada pakaian, ternyata akulah pemenangnya. Tetapi jika dolihat dari sifat malu dan takwa, aku tewas. Pakaian mulia yang aku sarungkan tidak semulia akhlak dan peribadi yang aku pamerkan."
 
 
Moga sehelai kain di muka,
tidak menjadikan ia fitnah semata,
Kain itu umpama perisai malu,
Moga akan kau zahirkan ia dalam kehidupan ini.
 
 

Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama pena thebingkisanhati adalah buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. 

Buku ini menyentuh mengenai kehidupan kita yang terlalu banyak cabang yang harus kita pilih. Kadang-kadang sengaja Allah biarkan kita dengan keputusan dan pilihan yang salah sehingga mengheret kita ke dalam masalah kerana itu adalah takdir Allah dan kerana itulah juga yang bernama ujian.

Maka apa saja pilihan yang telah kita buat, episod hidup yang telah kita jalani, peristiwa yang telah kita lalui, jangan pernah menyesal. Di sebalik episod kehidupan yang telah kita lalui, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Agar hari yang mendatang, kita tak akan ulangi kesilapan yang sama.

Buku bertajuk Cukuplah Allah Bagiku merupakan coretan, monolog serta puisi yang tulus dari sanubari penulis. Beliau mengharapkan agar buku ini ada manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh kerana kita semua sering rapuh apabila diuji juga kita semua sering terduduk saat diasak dengan duka dan gelora dunia.

 
=======================================================================
 
ISI KANDUNGAN
 
 
Catatan Penulis
Kepingan Hidayah
Apabila Dah Sampai Masa
Hijrah Ini Terlalu Indah
Sehelai Kain Di Muka
Seronoknya Jadi Macam Dia
Kewujudan Yang Hilang
Hati yang dibuang
Senyum Dan Syukurlah
Kecantikan Hanya Untuk Ditatap
Ajarkan Aku Cara Bahagia
Bahagia Kita Tak Sama
Hati Yang Mati
Kita Berkongsi Kekurangan Yang Sama
Nikmati Kekurangan Yang Ada
Dunia Yang Kotor
Akhirnya Aku Akur
Kesabaran Yang Pahit
Teguran Yang Bermakna
Seperti Apa Sahabat Itu
Allah Kan Ada
Engkau Juga Bermula Dari Kosong
Jujur, Aku Penat
Tangisan Kiriman Tuhan
Perkahwinan Yang Diuji
Pedulikan Mereka
Kebaikan Allah
Bingkisan Masa Lalu
Impian yang Tergantung Di Awan
Kau Canang Aibku
Aku Dahagakan Ketenangan
Putaran Yang Berbeza
Bahagia Bukan Taruhan
Belajar Menjadi Kuat
Tegur Aku!
Kebaikan Yang Sepi
Lelah Dalam Tabah Seorang Isteri
Kebahagiaan Yang Diragut
Belajar Melepaskan
Kehidupan Mengajar Aku
 
===========================================================================
 
ULASAN
 
Cukuplah Allah Bagiku merupakan sebuah buku terbitan Galeri Ilmu yang ditulis oleh thebingkisanhati. Buku ini mengajak para pembaca untuk muhasabah diri. Jika nak mengejar dunia itu ibarat meneguk air laut semakin diteguk semakin dahaga. Apa yang mampu merawat "masalah" ini. 
 
Sudah tentu dan tidak bukan selain daripada membuka suatu ruang didalam hati khas untuk Allah. Insya'Allah semua perkara yang terasa kosong dan lompong itu akan terisi dan mampu menguah hidup kita menjadi seorang muslim yang lebih baik daripada sebelum ini.
 
-sumber: anonymous
Penerbit:
Galeri Ilmu
Format:
Paperback
Halaman:
Berwarna
Muka Surat:
132 Muka Surat
Rak:
L102

 

 

 

BILA ORDER SAYA AKAN DIPROSES?

Order yang dibayar sebelum 10 AM sahaja akan diproses & dihantar pada hari yang sama, ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). 

Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 Order akan sampai ke rumah anda mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Baca lebih lanjut untuk tahu bila anda akan menerima order yang dipesan. KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

2. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

3. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

4. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

5. Jaminan wang dikembalikan (refund).

6. Servis yang cekap & mesra.

7. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI