Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM99.00 more to FREE shipping


Cukup Wang Hati Tenang - Versi Jimat (C146)

RM19.00
Weight: 0.29 kg
9789673622238
Out-of-stock
RM99.00 more to FREE shipping
Book Author    : Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
Year Published: 2005
ISBN              : 9789673622238
Weight           : 0.29  kg
No. of Pages   : 354Cover
Format           : Soft Cover
Size (W x H)   : 115.00 X 184.00 mm

==================================

Sinopsis 

APAKAH sebenarnya yang dinamakan ketenangan atau kebahagiaan? Cukup wang, banyak wang atau hidup tanpa hutang? Tidakkah matlamat hidup kita adalah untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan?

Kita sering diukur oleh masyarakat masa kini dengan status atau kedudukan kewangan dan harta sebagai ukuran kejayaan. Namun masih ramai orang kaya yang tidak melahirkan wajah-wajah yang tenang. 

Sungguhpun begitu, ada juga jutawan yang kelihatan tenang sahaja dan sentiasa menyebut nama Allah dengan bibir mereka. " Ingat ya, jika kita kejar dunia...kita selamanya akan menjadi hambanya...tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan berada di telapak kaki kita "

Selaraskan matlamat kewangan dan hidup anda. Tambahkan simpanan, kurangkan perbelanjaan dan selesaikan hutang anda. Bina kekayaan melalui pelaburan. Lindungilah harta dan wang anda. Hidup bahagialah bersama keluarga sepanjang hayat.

===========================================================================

Isi Kandungan

Panduan 1 :Kubah Kehidupan : Uruslah Matlamat Kewangan dan Kehidupan Anda

Panduan 2 : Ketahuilah Punca-Punca Masalah Kewangan

Panduan 3 : Pendapatan : Berusahalah Mencari Rezeki

Panduan 4 : Perbelanjaan : Bersederhanalah

Panduan 5 : Pengurus Hutang : Hutang Perlu Diurus

Panduan 6 : Penyucian Harta : Sucikan Harta Anda

Panduan 7 : Perlindungan : Ambillah Insurans dan Takaful

Panduan 8 : Pelaburan : Melaburlah untuk Masa Depan Anda

Panduan 9 : Persaraan : Ingatlah Hari Tua Semasa Muda

Panduan 10 : Hayaatan Tayyibah : Hidup yang Sejahtera

===========================================================================

 Penulis 

Nama : Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

(sumber gambar daripada http://hajahrohani/2fSsWfA)

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Beliau merupakan akauntan bertauliah lulusan Sydney University, Australia. Pernah memegang jawatan Pengurus di syarikat American Express. Perintis dalam pengurusan kewangan Islam. Sering muncul di tv, radio, majalah, siri ceramah dan kursus di seluruh negara. Kini beliau memegang jawatan Ketua Eksekutif, HIJRAH Strategic Advisory Group Sdn.Bhd. 

Beliau juga mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor.

Beliau telah menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.

(sumber goodreads.com)

===========================================================================

Antara Review Mengenai Buku " Cukup Wang Hati Tenang"

"Anda perlu memilihi buku ini jika anda mahu BEBAS daripada masalah kewangan pada masa hadapan BEBAS daripada belenggu hutang MENAMBAH pendapatan diri dan keluarga TAHU tentang risiko jika pendapatan meningkat MENCAPAI matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara JAMINAN kewangan TIP mengurus wang pinjaman pengajian tinggi keluarga TIP merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa MENDIDIK anak jimat berbelanja TAHU cara bijak berbelanja untuk persiapan raya PANDUAN merancang perbelanjaan majlis perkahwinan MELABUR secara bijak MENAMBAH pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik."
 
(sumber goodreads.com)
 
"Sangat2 berguna bagi semua golongan ..terutama golongan muda yang baru berjinak - jinak dengan alam pekerjaan. Sangat informatif dan teguran yang diberikan dalam buku ini ditulis dalam gaya santai."  (Radhiahsalleh)

"Buku mengenai pengurusan kewangan yang efektif dan praktikal. Satu usaha murni yang wajar dipuji. Tahniah kepada penulis! Jarang sekali buku kewangan berdasarkan Islam ditulis bagi panduan kepada masyarakat. Banyak ilmu yang saya perolehi melalui buku ini. Jazakillah khairan kathira kepada penulis kerana membuka minda saya dan memberi kesedaran peri pentingnya simpanan wang dan perlindungan takaful. Banyak tip yang diberi oleh penulis dalam membimbing para pembaca menguruskan kewangan."

(Aina Dayana Hilmi)

( sumber daripada website goodreads.com)

 

 

 

 

 

 

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI