Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


Cucu Rasulullah yang Hilang (L157, K88, K128)

Rak: L22, Bundle: K78
Abu Bakrah r.a melaporkan, "Ketika Rasulullah S.A.W sedang berucap, datang Hassan. Lalu Baginda menyatakan, 'Anakku ini adalah pemimpin. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan mendamaikan menerusi beliau antara dua golongan daripada kaum muslimin." - Sahih Bukhari.
RM18.00
Price in points: 18 points
Weight: 0.23 kg
978-967-366-279-1
34 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-366-279-1 
Tarikh Terbit: 8 Jul 2014
Jumlah Muka Surat : 168

Berat (KG) : 0.23

Kategori: IslamPolitik & Sejarah

Siri:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

=================================

SARI RANSANG

"Saya sudah larang ayah, tetapi ayah enggan. Esok ayah dibunuh dalam keadaan sia-sia dan tidak ada penolong." ucap Saidina Hassan kepada bapanya, Saidina Ali.

Inilah kisah Saidina Hassan. Tokoh yang tenggelam dalam perbincangan umat berbanding adiknya, Saidina Hussein. Inilah kisah orang besar yang merendah diri, namun teguh pendirian dan jelas pandangannya.

Antara yang didedahkan dalam buku ini adalah:

  • Sebab Saidina Hassan, khalifah kelima yang asal menyerahkan kuasa kepada Muawiyah.
  • Nasihat-nasihat yang diberikan Saidina Hassan kepada bapanya sejak sebelum kematian Saidina Uthman lagi.
  • Kerugian Saidina Ali, Muawiyah, Saidina Hussein, dan umat kerana tidak menyedari kepintaran Saidina Hassan.
  • Status sebenar perwarisan kuasa khalifah dan banyak lagi.

Satu naskhah yang perlu dimiliki bagi mengenali lebih lagi siapa Saidina Hassan, ahli keluarga Rasulullah, sahabat-sahabat Rasulullah, musuh Islam, dan apa juga apa yang sebenarnya berlaku sewaktu zaman kekacauan awal Islam.

============================================================================

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Buku ini...

Mukadimah

Pendahuluan

  • Sejarah Ringkas Saidina Hassan r.a.
  • Pujian Terhadap Saidina Hassan r.a. dan Saidina Hussein r.a.            
  • Kepentingan Beradab dengan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.        
  • Keperibadian Empat Khalifah Menurut Abdullah bin Abbas

Bab 1: Saidina Ali r.a. Tidak Menyedari Kepintaran Saidina Hassan r.a. dan Kerugian Umat kerana Hal Ini

  • Kisah Pembunuhan Saidina Ali r.a.
  • Wasiat Saidina Ali r.a.
  • Kisah Pelantikan Hassan r.a. sebagai Khalifah dan Pengundurannya untuk Diserah kepada Muawiyah

Bab 2: Saidina Hussein r.a. Tidak Menyedari Kepintaran Saidina Hassan r.a. dan Kerugian Umat kerana Hal Ini

Bab 3: Muawiyah Tidak Menyedari Kepintaran Saidina Hassan r.a. dan Kerugian Umat kerana Hal Ini

Bab 4: Seluruh Muslimin Tidak Menyedari Kepintaran Saidina Hassan r.a. dan Kerugian Umat kerana Hal Ini

Kesimpulan

Lampiran

  • Siapakah Ahlul Bait?
    - Pertama: Isteri-Isteri Rasulullah s.a.w                                           
    - Kedua: Anak-Anak dan Cucu-Cucu Rasulullah s.a.w.                        
    - Ketiga: Kaum Kerabat Rasulullah s.a.w. yang Dikira Berdasarkan Nasab dan Memeluk Islam                                                                    
  • Adakah Khilafah Menjadi Milik Anggota KeluargaRasulullah s.a.w?               
    - Hadith-Hadith yang Menjadi Dalil Syiah dalam Persoalan Ini          
    - Hadith-Hadith yang Menjadi Dalil Ahli Sunnah dalam Persoalan Ini
    - Pandangan Rajih dalam Masalah Ini 
    - Sikap Saidina Ali r.a. terhadap Pelantikan Khalifah dan Pengakuan Beliau bahawa Tidak Ada Wasiat  daripada Nabi Muhammad s.a.w. kepada Beliau

Glosari

Bibliografi

Biodata Penulis

==================================================

ULASAN

Tentunya kebanyakan antara kita semua tidak tahu tentang Khalifah yang ke-5 selepas Khulafa al-Rashidin. Saidina Hassan merupakan cucu Rasulullah s.a.w dan juga dilantik sebagai khalifah yang ke-5 selepas Saidina Ali yang merupakan bapanya sendiri.

Cucu Rasulullah yang Hilang menyingkap tentang sejarah Saidina Hassan yang jarang diceritakan dalam perbincangan umat pada hari ini. Kisah adik kepada Saidina Hassan, iaitu Saidina Hussein lebih banyak dibincangkan.

Buku sejarah Islam ini mengupas tentang seorang khalifah yang sangat rendah diri tetapi sungguh tegas dalam memberi pandangan.

Antara isi kandungan di dalam buku ini adalah sebab Saidina Hassan, khalifah kelima yang asal, menyerahkan kuasa kepada Muawiyah, nasihat-nasihat yang diberikan kepada bapanya sejak sebelum kematian Uthman, dan pelbagai lagi pendedahan yang lebih jelas tentang pendirian Saidina Hassan.

Buku in harus dimiliki oleh para pembaca terutamanya umat Islam itu sendiri bagi lebih mengenali siapa sebenarnya insan yang bernama Saidina Hassan, ahli keluarga Rasulullah s.a.w., sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w, musuh Islam, dan juga apa yang sebenarnya berlaku sewaktu zaman kekacauan awal Islam.

-sumber: Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan, https://bit.ly/2JxEWMY

Penerbit:
PTS
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
130 Muka Surat
Rak:
L22
Bundle:
K78

No posts found

Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI