Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Cerita Seram di Penjara Pudu (L106,BL105)

RM25.00
Price in points: 25 points
Weight: 0.17 kg
9789675266539
43 pieces
+
Add to wish list

PENJARA PUDU mula dibina oleh Kerajaan Inggeris pada 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895. Ketika itu ia dkatakan salah sebuah penjara termoden di dunia, mempunyai 600 bilik tahanan. 
la dibina di kawasan Hutan Pudu seluas 10 hektar di tapak perkuburan Cina. la diambilalih oleh tentera
Jepan yang memerintah Malaya dari tahun 1941-1045.


Tentera Jepun juga mengebumikan ramai tentera yang terkorban selepas menang Perang Dunia
Kedua di Malaya. Ini menjadikan kawasan sekitar Penjara Pudu satu tapak perkuburan yang bersar. 
Roh-roh yang tidak tenang daripada bangsa China,Inggeris dan Jepun sering mengacau mejelma
dalam pelbagai bentuk atau imej yang mengerikan. Paling menonjol ialah di bilik gantung di mana
beratus-ratus banduan menerima hukuman gantung dan roh mereka dikatakan berhantu dan
mengacau para petugas serta banduan yang masih hidup hampir setiap malam.


Penjara Pudu beroperasi selama 116 tahun sehingga dirobohkan pada tahun 2010 untuk
membina pusat perniagaan, hotel dan pangsapuri, menyirnpan banyak kisah seram yang menakutkan.


Kisah-kisah seram dalam buku ini adalah kisah benar, dialami sendiri oleh kakitangan dan warden.
Penjara Pudu selain banduan dalam tahanan terutamanya pada lewat malam dan awal pagi. Gangguan
oleh hantu-hantu ini memang menyeramkan, malah ada yang terasa mereka seolah-olah ditolak,
dicekik, ditampar atau dicakar.


Penulis, selain mengumpul kisah-kisah seram yang dialami oleh kakitangan turut mengalami
pengelaman yang serupa.


Penjara Pudu kini dalam lipatan sejarah, tetapi adakah roh-roh yang menghuninya sejak sekian
tahun akan meninggalkan kediaman mereka setelah siapnya kompleks perniagaan dan pangsapuri,
atau akan kekal di situ dan menganggu penghuni yang baru?


Cerita Seram di Penjara Pudu menyingkap kisah dan misteri yang menarik, sesuai sebagai
bacaan untuk semua.


Nor Shahid Mohd Nor cilahirkan di Taipirq. Perak pada 15 Oktober 1933. Mula
bersekolah selepas berakhirnya Pendudukan Jepan di Malaya di sekolah King Edward VII di 
Taiping.


Bapanya bertugas sebagi Inspektor Polis dan kerap berpindah tempat bertugas.
Nor Shahid juga berpindah sekolah dari Taiping kek Kuala Pilah dan seterusnya ke 
Seremban sehingga lulus Senior Cambridge di sekolah King George V pada tahun 1955.


Cita-cita asalnya untuk menjadi Inspektor Polis tidak tercapai kerana beberapa kali
gagal semasa ditemuduga. Beliau mula bertugas sebagai Kerani Polis dan kemudiannya 
menyertai Jabatan Penjara sebagai Pegawai Kadet pada Julai 1957.


Beliau terus membina kerjayanya di Jabatan Penjara. menghadiri berbagai kursus dan latihan berkaitan Pengurusan 
Penjara dan Undang-undang. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penguasa Penjara Melaka pada tahun
1960. Pada tahun 1963, beliau dihantar berkursus selama 9 bulan di United Nations Institute for Preventioan of Crime and  Treatment of Offenders, di Tokyo Jepun.


Seterusnya beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Penjara Taiping. Tmbalan Penguasa di 
Penjara Muar dan Penguasa di Penjara Pudu pada tahun 1978. Tiga tahun kemudian, beliau dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Kanan, dan berpindah ke Ibupejabat Penjara pada tahun 1982 sebagai Pengarah Keselamatan
Penjara. Nor Shahid bersara pada tahun 1989 sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Penjara Malaysia.


Semasa berkhidmat sepanjang 33 tahun, beliau telah menerima berbagai anugerah dan pingat; KMN, AMN
oleh Yang Dipertuan Agong, AMP oleh Sultan Perak dan beberapa pingat perkhidmatan: PPA, PPS, PPM dan Pingat
Ketua Pengarah Penjara.

Penerbit:
ZI Publications
Tahun Diterbitkan:
2020
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
208 Muka Surat

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI