“Sesiapa yang menunaikan haji kerana Allah, lalu tidak melakukan perbuatan keji danmaksiat, dia pulang dalam keadaan seperti baru dilahirkan oleh ibunya.” (Direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.
Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.
Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.