“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” - Hadis Riwayat Tirmizi.
Keteladanan Rasulullah dapat dijadikan sebagai inti dan sumber pembelajaran pendidikan karakter. Ini kerana, sumber pendidikan karakter ialah berperilaku, bersikap, dan bertutur kata yang baik. Tidak hanya itu, pendidikan karakter juga membimbing murid supaya mudah bergaul tetapi tidak melanggar norma-norma yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Selain itu, juga teguh pendirian dalam berprinsip.
Bagi mencontohi karakter Nabi Muhammad, yang mula-mula harus dilakukan ialah mengenal pasti bagaimana karakter beliau. Dengan mengenal lebih mendalam mengenai Rasulullah, maka kita akan mudah meniru dan mengaplikasikannya ke dalam diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Sekurang-kurangnya, kita juga boleh menjadi teladan kepada anak didik kita, sama ada dari segi pertuturan mahupun sikap.
Di sini kita dituntut untuk membiasakan diri dan anak didik supaya bersikap dan berakhlak sesuai dengan yang diteladani daripada Rasulullah, iaitu akhlak mahmudah. Dalam sebuah kitab Mahfuzod disebutkan, “Mansyabba ‘ala syai-in, syabba ‘alaih” yang bererti barang siapa terbiasa dengan sesuatu, maka terbiasalah ia. Pernyataan ini apabila diterapkan dengan sains moden, tentu sangat sesuai. Kerana, ilmu psikologi menyebutkan bahawa manusia memiliki alam bawah sedar. Dan, alam bawah sedar diciptakan kerana kebiasaan atau tabiat.ii Misalnya, apabila ibu bapa selalu mengumpat atau bercakap kasar, maka anak akan mengikuti dan menirunya. Itulah sebabnya ada pepatah yang mengatakan bahawa anak tidak jauh daripada orang tuanya.
Penulis : Nabilah Hasan, Muzayyanah Abdullah, Arieff Salleh Rosman Jumlah Muka surat : 64
Perkembangan hati manusia tidak dapat diawasi secara zahir. Tindak-tanduknya pun berbeza dengan anggota tubuh yang lain, dan begitu kompleks dan dapat berubah berkali-kali dalam waktu yang singkat. Padahal, harta umat Islam yang paling berharga terletak dalam hatinya, iaitu iman dan takwa. Bagi yang sudah mendapatkan kedua harta tersebut, sudah semestinya mereka wajib menjaganya hingga ke akhir hayat, dan mati dalam iman dan Islam. Solat malam yang ikhlas, khusyuk dan berterusan adalah salah satu usaha agar hati kita diperkuat dengan asas iman dan Islam.
Meeya dan Aishah, dua gadis dari latar belakang yang berbeza. Pelajar sekolah antarabangsa dan pelajar sekolah biasa. Namun mereka punya minat dan cita-cita yang sama. Manik, butang dan labuci menjadi sahabat mereka. The Golden Wardrobe mula dikenali kerana rekaan unik mereka. Rancangan mereka mula dicemburui…. Mampukan mereka mencapai cite-cita mereka?
Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.
Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.