The Wannababes mahu ke New York? Tetapi jumlah peserta sudah penuh! Hmm… terpaksalah The Wannababes melakukan apa sahaja demi mencapai misi yang satu itu! New York, tunggu kedatangan The Great Wannababes!
Memiliki rumah tangga yang aman dan bahagai menjadi idaman dan impian setiap pasangan. Kebahagiaan yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami dan isteri seterusnya kepada anak-anak.
Buku ini didedikasikan khas buat suami serta isteri yang bakal dan sedang melayari bahtera perkahwinan. Sesungguhnya setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya, namun gelora dan badai yang datang tanpa diduga tidak mampu diharungi tanpa kekuatan mental dan fizikal daripada suami dan isteri. Wahai suami… kamu adalah pelindung utama buat isteri. Wahai isteri… kamu adalah inspirasi kejayaan dan kebahagiaan buat suami. Suami dan isteri adalah gabungan dua insan yang bersatu dengan akad yang suci.
Kisah-kisah inspirasi di dalam buku ini dapat membuka mata suami dan isteri supaya menghargai pasangan masing-masing yang sanggup susah dan senang bersama buat sekian lamanya.
Buku ini memberi suntikan motivasi kepada pembaca untuk meraih ganjaran pahala untuk kebahagiaan akhirat dan dunia dengan menghimpunkan amalan-amalan utama yang membawa seseorang memasuki syurga.Amalan-amalan ini biasanya tidak diambil peduli oleh kebanyakan umat Islam. Dengan mengamalkan amalan yang terdapat dalam buku ini, insya-Allah kita akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah dan kita mampu menjadi insan beriman dan benar-benar bertaqwa kepada Allah yang selayaknya mendapat ganjaran syurga darinya pada hari akhirat yang sudah pasti.
Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalahisteri. Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi. Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.
Pemikiran Tuan Guru ini menyusuri sejarah hidup Dato' Nik Aziz Nik Mat serta sejarah pergerakan Islam yang lain. Buku menarik ini menumpukan kepada prinsip-prinsip agama yang mendasari keputusan politik Tuan Guru.
Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini termasuklah isu nama Allah, perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, pengharaman arak dan judi di Kelantan, isu artis ke Kelantan, isu 'Allah Samseng', isu orang bukan Islam membaca Quran dan isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.
Buku yang ditulis oleh Tuan Mohd Aizat Mohd Salleh ini melihat rasional ilmiah daripada keputusan Tuan Guru Nik Aziz.
Menariknya buku ini menyediakan 32 halaman berwarna termasuk gambar-gambar unik yang diambil khusus sewaktu menziarahi tuan guru.
Istimewanya, buku ini juga dimuatkan dengan pantun indah karangan Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Kelab bola baling Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pangsun akan dibubarkan kerana ketiadaan jurulatih dan prestasi yang semakin merosot.
Liesa, pengurus kelab berusaha memastikan kelab itu tetap wujud dan meningkat maju sehingga menjuarai kejohanan bola baling peringkat negeri seperti yang pernah mereka perolehi beberapa tahun lepas.
Harapan Liesa kembali bersinar apabila secara tidak sengaja terjumpa seorang pelajar yang mempunyai bakat dan skil yang terpendam iaitu Kayroll. Mampukah Kayroll menyelamatkan Kelab Bola Baling Sekolah Menengah Sri Pangsun daripada dibubarkan?
Buku ini menceritakan kisah dan ibrah mengenai seorang tokoh wanita yang agung iaitu Saidatina Aisyah RA. Ummul Mukminin yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang hidupnya bersama Rasullullah SAW sehinggalah selepas kewafatan Baginda.