Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


BookCafe.com.my sebagai Finalis Top 10 Malaysia Ecommerce Merchant Awards 2017

20/09/2017
by Aisyah Markis

Terima Kasih Malaysia!

Kerana anda menjadikan Bookcafe.com.my sebagai Finalis Top 10 Malaysia Ecommerce Merchant Awards 2017

Ditulis oleh Pak Engku 19 September 2017

 

        Alhamdulillah, sejarah tercipta pada 9 September lalu bersempena dengan Selangor International Business Summit 2017 bertempat di Setia City Convention Center di mana Bookcafe.com.my terpilih sebagai Top 10 Finalis dalam acara bagi penggiat ecommerce di Malaysia.

 

Acara anjuran oleh Selangor Information Technology & E commerce Council SITEC dengan sokongan INVEST Selangor Berhad ini melibatkan lebih 200 merchant ecommerce di seluruh Malaysia.

 

Buat pengetahuan semua pembaca, BookCafe.com.my adalah kedai buku online dengan koleksi buku Bahasa Melayu TERBESAR di Malaysia. Dengan jumlah pengguna aktif sekitar 85,000 pengguna perancangan untuk menjadi Kedai Buku Online No.1 di Malaysia semakin hampir kini.

 

Terima kasih sekali lagi kepada para pengguna yang mengundi BookCafe.com.my sebagai satu-satunya portal eCommerce buku di Malaysia yang tersenarai dalam Top 10.

Berikut adalah Keputusan oleh pihak juri:

 

Champion (RM10,000) : Printicious Gifts (M) Sdn Bhd

First Runner-Up (RM5,000) : Ideal Tech Pc Sdn Bhd

Second Runner-Up (RM3,000) : Nexgan Sdn Bhd (Sally Fashion)

 

Finalists in order of their results (RM1,000 each) :

  • Pixajoy Sdn Bhd
  • Sea Gamer Mall Sdn Bhd
  • Greenomic Commerce Sdn Bhd (Gundam.my)
  • Poplook Sdn Bhd
  • Tg Concept International Sdn Bhd
  • Clickasia Sdn Bhd
  • PTS Bookcafe Sdn Bhd

 

Sumber oleh ECinsider.my

READ MORE ON ECINDER NEWS

Comments

No posts found

KLIK DI SINI