Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Cara menggunakan Kod Kupon Online

24/11/2011
by

Mempunyai Kupon Istimewa SAYA MAHU HADIAH tetapi tidak tahu cara menggunakannya? Ikuti langkah mudah di bawah untuk menikmati kupon kod tersebut.

Kupon online bookcafe

Terbaru : Tawaran Harian, Pos Ekspress dan KTM Transport

07/10/2011
by

Tawaran Harian

Bookcafe.com.my kini menawarkan promosi Tawaran Harian yang akan menawarkan diskaun istimewa bagi buku yang akan dipilih setiap hari dari hari Isnin - Jumaat. Tawaran Harian ini akan diumumkan di Facebook PTS (http://www.facebook.com/bukupts) pada setiap hari.

Selain itu, Bookcafe juga berbesar hati untuk mengumumkan bagi setiap pembelian buku seberat 400 gram ke bawah, pelanggan boleh memilih penghantaran menggunakan POS Ekspress yang berharga RM5. Bagi pembelian pukal pula, pelanggan Bookcafe boleh memilih penghantaran menggunakan KTM Transport.

Kedua-dua inisiatif ini diambil bagi mengurangkan kos penghantaran yang ditanggung oleh pelanggan Bookcafe.

 

Notis Cuti Hari Raya Aidil Fitri 2011

24/08/2011
by

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelanggan kami yang dihargai dan dimuliakan.

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011, staf Bookcafe.com.my akan bercuti bermula 26 Ogos (Jumaat) sehingga 6 September 2011 (Selasa).

Sehubungan dengan itu, pihak PTS Bookcafe ingin memaklumkan hal-hal berikut;

  1. Pelanggan masih boleh membuat tempahan & pembayaran pesanan di Bookcafe.com.my sepanjang tempoh cuti perayaan Aidil Fitri yang dinyatakan di atas.
  2. Pesanan pelanggan akan mula diproses dan dihantar bermula 7 September 2011.
  3. Perkhidmatan pelanggan melalui email, telefon akan bermula pada 5 September 2011.

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Sabtu @ PTS Bookcafe : Kini Berwajah Baru!

20/06/2011
by

Sabtu @ PTS Bookcafe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kami mendoakan tuan puan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat & ceria setiap hari.

PTS Bookcafe membawakan edisi Sabtu @ PTS Bookcafe yang lebih istimewa dan berwajah baru di tempat yang baharu

Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut;

Tarikh : 25/6/2011
Tempat : No.26 Jalan DBP 3, Dolomite Business Park, 68100, Batu Caves, Selangor.

Diskaun yang ditawarkan:- 

  1. Diskaun 25% bagi semua buku.
  2. Buku percuma bagi 50 pembeli pertama.
  3. Promosi Buku Wakaf RM 100, RM 200, RM300 dan RM500.
  4. Tandatangan istimewa penulis - Seperti Bahruddin Bekri, Farihah Iskandar dan lain-lain.

Bawalah keluarga, rakan dan saudara mara bagi memeriahkan program Sabtu @ PTS Bookcafe kali ini.

Gegarkan Sabtu @ PTS Bookcafe 28 Mei 2011

22/05/2011
by

Sabtu @ PTS Bookcafe

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kami mendoakan tuan puan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat & ceria setiap hari.

PTS Bookcafe akan dibuka pada hari sabtu ini dan keterangan lanjut adalah seperti di bawah;

Tarikh : 28/5/2011
Tempat : Showroom Bookcafe, No. 12 & 12 A Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100, Batu Caves, Selangor.

Tawaran Menarik Sabtu @ PTS Bookcafe kali ini

1 - Diskaun 30% semua buku kanak-kanak, remaja & komik-M
2 - Diskaun 25% semua buku

Bawalah keluarga, rakan dan saudara mara bagi memeriahkan program Sabtu @ PTS Bookcafe kali ini.

Untuk mengetahui lokasi kami, mohon klik : http://pts.com.my/index.php/contact/

Pengumuman: Sabtu@PTS Bookcafe pada 5 Feb 2011 ditangguhkan

02/02/2011
by
PTS Bookcafe Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa program Sabtu@PTS Bookcafe yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu 5 Februari 2011 ditangguhkan sempena cuti Tahun Baru Cina. Terima kasih.

Sabtu @ PTS Bookcafe

26/01/2011
by

Sabtu @ PTS Bookcafe

Hujung Minggu@PTS kini dikenali sebagai Sabtu @ PTS Bookcafe. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut;

Tarikh : 29 Januari 2011 (Sabtu)

Masa : 10 pagi hingga 6 petang

Tempat : Dewan Pameran Bookcafe PTS, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA (Peta Lokasi)

Tawaran : Diskaun 20% untuk semua buku terbitan PTS dan diskaun 30% untuk 15 buah buku terpilih seperti berikut;

1. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
2. Senangnya Memasak...Ayam
3. Tambah Duit dengan Kerja Part-Time
4. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasullah
5. Mendidik Anak Perempuan
6. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
7. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
8. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis
9. Hebatnya Kuasa Istikharah
10. Jejak Bisnes Rasul
11. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
12. Hidangan Si Cilik
13. Mukjizat Qiamullail
14. Great Work Great Career
15. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Edisi Jimat

Operasi PTS Bookcafe Ditangguhkan

28/12/2010
by

Bookcafe akan menangguhkan operasi bermula 3-5 Januari 2011 kerana melaksanakan proses kiraan stok buku.

Sebarang urusniaga pesanan hanya akan diproses bermula 6 Januari 2011.

Promosi Set Buku Perkahwinan

03/11/2010
by

Set buku untuk dijadikan hadiah buat bakal raja sehari. Inilah inisiatif yang diambil oleh PTS dan Bookcafe.com.my untuk menggalakkan aktiviti membawa dikalangan masyarakat Malaysia seterusnya membina pasangan suami isteri yang lengkap dari segi rohani dan jasmani untuk menempuh liku-liku hidup berumahtangga.

Terdapat 5 set buku perkahwinan untuk dipilih yang mengandungi pelbagai tajuk buku yang merangkumi buku perhubugan suami isteri, buku soal-jawab perkahwinan dari sudut ajaran islam dan juga buku resipi.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bookcafe.com.my/my/promosi-my/set-buku-untuk-perkahwinan-my/

Hujung Minggu@PTS Oktober 2010

25/10/2010
by

Hujung minggu pts

Hujung Minggu@PTS kembali lagi. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut;

Tarikh : 30 Oktober 2010 (Sabtu)

Masa : 10 pagi hingga 6 petang

Tempat : Dewan Pameran Bookcafe PTS, No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA (Peta Lokasi)

Tawaran : Diskaun 25% untuk semua buku terbitan PTS dan diskaun 50% untuk buku terpilih.