Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


NOTIS HARI RAYA AIDILFITRI 2014

10/07/2014
by

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelanggan yang dihormati.

 

Tarikh Pengeposan Pesanan

Pos Laju telah mengeluarkan notis operasi mereka sempena Hari Raya Aidilfitri seperti berikut ;

 

Sekiranya para pelanggan perlukan pesanan dihantar sebelum hari raya, kami menasihatkan supaya para pelanggan dapat membuat pesanan sebelum 18 Julai (tarikh di awalkan) untuk membolehkan kami mengepos pesanan para pelanggan pada 18 Julai 2014.

Pesanan yang dibuat pada 18 Julai atau selepas 18 Julai akan sampai ke rumah para pelanggan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

 

Notis Cuti PTS Bookcafe Sdn Bhd

PTS Bookcafe akan bercuti bermula 26 Julai sehingga 3 Ogos 2014. Sepanjang tempoh ini, para pelanggan boleh membuat pesanan & pembayaran seperti biasa. Kami akan memproses, menjawab email, dan mengepos pesanan para pelanggan bermula 4 Ogos 2014.

 

Kami di Bookcafe mendoakan para pelanggan supaya dapat memanfaatkan Ramadan tahun ini, selamat sampai ke kampung halaman dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

NOTIS PENANGGUHAN OPERASI UNTUK SESI PENGIRAAN STOK

19/12/2013
by
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
PTS Bookcafe Sdn Bhd akan menutup sementara operasi untuk memberi laluan kepada sesi pengiraan stok yang berlangsung secara tradisi di setiap hujun tahun. Sepanjang proses ini;
  • Pesanan online masih boleh dibuat seperti biasa
  • Pesanan online akan diproses & dihantar selepas sesi pengiraan stok selesai

Semua pesanan online yang dibuat pada 24 Disember 2013 sehingga 29 Januari 2014 akan mula diproses dan dihantar pada 30 Disember 2013.

Terima kasih.

NOTIS PENUTUPAN OPERASI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2013

30/07/2013
by
  • Pesanan online masih boleh dibuat seperti biasa
  • Pesanan online akan diproses & dihantar selepas cuti hari raya

Dengan ini dimaklumkan bahawa sempena hari raya aidilfitri, operasi kedai online Bookcafe akan dihentikan sementara bermula 7 Ogos 2012 – 15 Ogos 2013. Operasi pemproses dan penghantaran pesanan online akan bermula pada 16 Ogos 2013. pesanan online yang dibuat selepas pukul 9.00 pagi 6 Ogos akan diproses dan dihantar selepas cuti hari raya.

Pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Berhati-hati di atas jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Terima kasih.

Masalah Teknikal Pembayaran Kad Kredit/Debit

13/02/2013
by

Dear valued clients,

We regret to inform that Exabytes will not be able to accept direct credit card payments for the time being due to the new policy compliance required by payment gateways.

At the same time, Exabytes has been informed by both our upstream payment gateways iPay88 and MOLPay that the acceptance of credit card payment for web hosting services has to be temporary suspended due to a new policy compliance which must be dealt with, caused by the amount of fraud activities involved in the web hosting industry. However, both iPay88 and MOLPay have suggested an alternative for Exabytes to overcome this problem and at the moment we already have all the documents submitted for processing.

However, as a client, you can still make payments without hassle by paying via Paypal using your credit cards. PAY HERE. USD 1 will be charged by Paypal, which is a temporary authorization by PayPal to verify that the buyer’s credit card or debit card is in good standing. The pending charge will automatically be removed after the full amount of the purchase is processed.

Kindly take a look at the elaboration made by Paypal as below:

The 1 USD charge is a temporary authorization by PayPal. To verify that the buyer’s credit card or debit card is in good standing, a temporary USD 1.00 charge might appear in buyer’s transaction history. The charge appears as ‘pending’ and is automatically removed after the full amount of the purchase is processed. It may take a few minutes or up to 30 days, depending on the card issuer, for the transaction to be removed and the USD 1.00 to be released to the buyer’s card. If the authorization charge remains on the buyer’s card after 30 days, we suggest the buyer contact the card issuer.

We will keep everyone updated as soon as credit card payment acceptance is available again. In the mean time, payment via Internet Banking Funds Transfer/FPX is not affected. 

We apologize for any inconvenience caused. For further enquiries, please do not hesitate to contact us.


Thank you!

Gangguan Talian Telefon Staf PTS Bookcafe

04/10/2012
by

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Para pelanggan PTS Bookcafe yang dihargai. Kami ingin memaklumkan bahawa talian telefon bimbit staf PTS Bookcafe mengalami gangguan sejak berpindah ke pejabat baru. Ini mengakibatkan kesukaran untuk menghubungi sebarang nombor telefon bimbit staf Bookcafe.

Sebagai altenatif, para pelanggan disarankan untuk menelefon terus ke 03-6188 0316 dan kemudian meminta receptionist untuk menyambungkan talian ke bahagian Bookcafe.

Kesulitan yang dialami amatlah dikesali dan pihak kami sedang mencuba untuk menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih.

 

Penghantaran Percuma Semenanjung Malaysia

24/09/2012
by

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Bermula 24/9/2012, pembelian online di Bookcafe.com.my untuk pesanan RM25.00 dan ke atas ke seluruh Semenanjung Malaysia tidak akan dikenakan apa-apa kos penghantaran. Pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd akan menangung sepenuhnya kos penghantaran samada pelanggan membeli satu atau berbilang buku dengan syarat pembelian adalah melebihi RM25.00.

Manakala penghantaran bagi Sabah & Sarawak adalah kekal seperti biasa dan diberikan harga Semenanjung Malaysia seperti biasa.

Kami di PTS Bookcafe Sdn Bhd mengharapkan agar perubahan ini dapat memberi kemudahan kepada para pelanggan kami.

Terima kasih.

Gangguan Teknikal Website Bookcafe.com.my 08/09/2012

07/09/2012
by

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

 

Para pelanggan yang dihargai dan dihormati.

Untuk makluman, laman web bookcafe.com.my mengalami gangguan teknikal sementara seperti berikut.

Tarikh : 08/09/2012

Masa : 12 tengah malam - 6 pagi

Sebab : Proses pemindahan pelayan web

Website berfungsi seperti biasa diluar dari jangka waktu ini dan pesanan online boleh dibuat seperti biasa.

Kesulitan yang mungkin dialami oleh pihak pelanggan amat kami kesali.

 

Terima kasih.

PENUTUPAN OPERASI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

31/07/2012
by
  • Pesanan online masih boleh dibuat seperti biasa
  • Pesanan online akan diproses & dihantar selepas cuti hari raya

Dengan ini dimaklumkan bahawa sempena hari raya aidilfitri, operasi PTS Bookcafe Sdn Bhd akan dihentikan sementara bermula 20 Ogos 2012 – 26 Ogos 2012. Operasi akan bermula pada 27 Ogos 2012. Bagi kedai online pula, pesanan online yang dibuat selepas pukul 9.00 pagi 14 Ogos akan diproses dan dihantar selepas cuti hari raya.

Pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Berhati-hati di atas jalan raya dan semoga selamat tiba ke destinasi.

Terima kasih.

Bookcafe Kini Menerima Pembayaran Melalui Paypal

20/12/2011
by

Paypal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kepada para pelanggan kedai buku online PTS Bookcafe.com.my, berkuatkuasa pada hari ini Bookcafe.com.my menerima pembayaran melalui Paypal.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuka akaun paypal boleh dirujuk di www.paypal.com.

Harap Maklum.