Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Bagai Helang Tetap Pulang #(L2)

RM35.00
Price in points: 35 points
Weight: 0.24 kg
9789674607807
18 pieces
+
Add to wish list

Tajuk: Bagai Helang Tetap Pulang 
ISBN: 97896724607807
Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Penulis: Barupawati Utamaju Baharum
Tahun Terbitan: 2018
Muka Surat: 133
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 0.24
Dimensi (cm): 22.7 x 15.4 x 0.8

 

Jambangan puisi di tangan Barupawati adalah segugus kembang romantisme yang bertunas daripada benih perasaan. Ia berputik dan mekar sebagai reaksi terhadap rasionalisme yang melihat bahawa setiap ufuk rahsia alam dan horizon pengalaman itu boleh dimasuki dan diterangkan oleh akal manusia.
Norhayati Ab. Rahman, pengkritik dan penyair

Membaca puisi ini seperti membaca pemikiran dan pengalaman penulisnya dalam rantau dunia, terbayang bahawa penulis seorang pengamat yang bagus dan teliti dalam melihat sekelilingnya. Perjalanan hidupnya, pemaknaannya tentang waktu dan ruang, tentang peristiwa dan rasa, tentang cinta dan harmoni, hubungan Pencipta dan ciptaan-Nya, bahkan tentang konflik di pelbagai belahan bumi, ditangkap, difahami dan diekspresikan yang menyentuh rasa, fikir dan akal budinya.
Dr. Free Hearty, sasterawan Indonesia

Barupawati Utamaju memahami puisi konseptual dan puisi pengisahan. Puisi konseptual mendorong pembaca berfikir tentang idea dan gagasan, manakala puisi pengisahan memuatkan peristiwa dan emosi yang akrab dengan pengalaman dan hubungan kemanusiaan. Di sini terletak kekuatan sajak-sajak beliau.
Dato' Rahman Shaari, Pemenang SEA Write Award 2007

Barupawati Utamaju seorang pengukir kata yang luar biasa, yang memanfaatkan pemerhatian dan pengalaman kehidupan sebagai rakaman yang puitis, sensitif , lagi cerdik dan indah. Di tangannya kata-kata menjadi mutiara yang meladeni keresahan, kerinduan, dan sekali gus keriangan dan kedukaan.
Tan Sri Johan Jaaffar, seniman, dramatis

Intipati sajak dalam kumpulan ini memperkatakan tanggungjawab manusia yang berakal dan bertamadun. Banyak permainan bahasa yang halus digunakan penyair dalam sejumlah karya. Maka itu terjadilah banyak metafora halus dan lembut.
A. Rahim Abdullah, penyair 


BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI