Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


Badiuzzaman Said Nursi (L180)

Harga Asal: RM27.00
RM8.10
ANDA JIMAT: RM18.90 (70%)
Price in points: 9 points
Weight: 0.53 kg
978-967-408-031-0
65 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list

==============================

Format: Paperback

ISBN-13: 978-967-408-031-0

Tarikh Terbit: 1 May 2012

Jumlah Muka Surat : 480

Berat(kg): 0.5

==============================

 

Sinopsis

Badiuzzaman Said Nursi dilahirkan pada tahun 1873 di kampung bernama "Nurs", di timur Anatolia. Nama "Nursi" ialah sempena nama kampung ini. Beliau menerima pendidikan asas daripada para ulama terkenal di daerahnya.

Ketika masih muda, beliau telah menunjukkan kecerdikan dan kemampuan yang luar biasa untuk belajar. Hal ini membuatkannya terkenal di kalangan guru-guru, kawan-kawan dan orang ramai. Ketika berusia 16 tahun, beliau mengalahkan beberapa ulama terkemuka yang telah menjemputnya ke satu majlis perbahasan (ketika itu perbahasan ialah satu amalan biasa di kalangan ulama). Kemudian beliau terus mengalahkan berbagai kumpulan ulama lain sebanyak beberapa kali dalam majlis perbahasan.

Selepas peristiwa ini, beliau pun digelar Badiuzzaman (Kekaguman Zaman).

 

REVIEW

Baiduzzaman Said Nursi adalah ikon pejuang Islam di Turki. Beliau hidup sezaman dengan manusia yang paling zalim yang pernah wujud di bumi Turki, iaitu Mustafa Kamal Attaturk. Sama seperti perjuangan Mahatma Gandhi di India, beliau tidak memimpin angkatan perang bersenjata, tetapi menaburkan peluru hikmah yang menghidupkan jiwa umat Islam. Kata-katanya lebih tajam daripada pedang, lebih ditakuti dan digeruni oleh musuh Islam berbanding senjata moden.

Badiuzzaman adalah nama gelarannya yang bermaksud keagungan zaman. Beliau adalah tokoh pemikir Turki, sarjana ilmu agama, dan pejuang yang berani. Ketokohan beliau sentiasa terserlah walaupun seluruh Turki diselubungi oleh kegelapan dan kezaliman Attaturk. Sejak kecil lagi beliau didedahkan dengan perbincangan ilmiah para ulama yang diadakan di rumah ayahnya. Daya ingatan beliau sungguh kuat dan mampu menghafal Al-Quran dalam tempoh kurang satu bulan.

Pengaruh beliau tersebar ke seluruh Turki dan pengikutnya semakin bertambah. Kelantangan suara beliau menggentarkan musuh. Akibatnya, beliau dihumbankan ke dalam penjara. Namun, penjara adalah universiti yang penuh hikmah dan paling disukai oleh para pejuang. Dalam penjara, beliau mampu menulis pelbagai kitab. Seruan perjuangan dan tulisan ilmu beliau berjaya diseludup keluar dari penjara. Tulisan beliau yang paling terkenal dan paling berpengaruh adalah Risalah An-Nur.

Pada akhir hayatnya, beliau diasingkan dan dicampak ke pulau yang terpencil. Namun, semangat dan ilmu beliau sentiasa bersama rakyat Turki kerana risalah perjuangannya masih berjaya disebarkan secara sulit. Sehingga kini, walaupun selepas kematiannya, beliau tetap hidup dalam hati rakyat Turki. Sebahagian daripada kisah hidup dan perjuangan beliau diabadikan dalam buku ini untuk rujukan kita semua.

 

No posts found

Write a review

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI