Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM99.00 more to FREE shipping


Asas Tadbir Urus Islam (L100)

RM50.00
Price in points: 50 points
Weight: 0.57 kg
9789674608033
2 pieces
+
RM99.00 more to FREE shipping
Add to wish list

SINOPSIS

Pengungkapan aksiom, prinsip dan nilai asas dalam menunjangi bidang tadbir urus diteroka dan dianalisis dalam buku ini, dalam usaha merumuskan pembentukan “Tadbir Urus Islam” dengan mengambil kira aspek kepercayaan, budaya dan konteks. Karya diskursif dan abstrak ini cuba menghasilkan satu kerangka “tadbir urus baik” dalam rumusannya sendiri model dinamik yang dibentuk oleh nilai, selaras menurut maqasid al-Syariah yang mencadangkan suatu model tadbir urus institusional berasaskan kaedah fiqh klasik.

Menerusi pendekatan diskursif analitikal secara eksklusif dalam buku ini, pembaca akan mendapati bahawa Islam diyakini mampu menjadi pemberdaya dalam menghasilkan insan homo-Islamicus yang beriman dan berihsan yang dapat menyumbang secara kolektif ke arah pembangunan masyarakat melalui tadbir urus. Usaha ini merupakan satu lagi ijtihad berteraskan pandangan hidup bertauhid dengan ontologi eksplisitnya menerusi epistomologi deskriptif terarah yang mementingkan pembangunan insan mapan sebagai prasyarat utama yang menentukan kejayaan pembangunan sesebuah negara.

Buku ini sangat berguna sebagai bacaan umum masyarakat sebagai pedoman bagi membentuk dan memantapkan ciri kepimpinan pada semua peringkat, dan menjadi rujukan para pelajar, lebih-lebih lagi kalangan pentadbir serta penjawat awam dan swasta.

—-

Maszlee Malik ialah mantan pensyarah di Fakulti Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari Durham University di Durham, UK dalam bidang Tadbir Urus Baik. Bidang kajian beliau menjurus dalam perundangan Islam (fiqh), Pemikiran Politik Islam Klasik dan Kontemporari, serta Gerakan Islam dan Tadbir Urus Baik. Beliau ialah penulis buku Good Governance: A Critical Introduction danGood Governance: Civil Society and Islam. Beliau kini memegang portfolio Menteri Pendidikan Malaysia sejak Mei 2018.

Penerbit:
ITBM
Tahun Diterbitkan:
2019
Format:
Paperback
Halaman:
Hitam Putih
Muka Surat:
364 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 *Order akan sampai mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Mahu tahu lebih lanjut? KLIK DI SINI

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI