Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


APLIKASI MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF (L36)

Rak: L36
RM124.00
Price in points: 124 points
Weight: 1.21 kg
9789674610012
10 pieces
+
Add to wish list
===========================
Format: Paperback
Saiz: 8.2" x 11.7"
ISBN-13: 9789674610012
Tahun Terbit: 2016
Jumlah Muka Surat: 530
Berat (Kg): 1.21
Penulis: Ang Chai Tin & lee Lay Wah
===========================
 

Pada tahun 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerapkan Pendidikan Kesihatan ke dalam Kurukulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melibatkan semua murid Tahun Satu aliran perdana. Walau bagaimanapun, Pendidikan Kesihatan tidak disediakan kepada murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP) baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu buku Aplikasi Modul Pendidikan Kesihatan Reproduktif: Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (MOPEK) yang dibina berdasarkan dapatan empirikal daripada ibu bapa dan guru PKMP yang mencakupi semua aspek perkembangan kanak-kanak yang komprehensif, iaitu aspek kesihatan, kebersihan diri, keselamatan diri, perkembangan reproduktif manusia, kemahiran komunikasi, perkembangan sosiobudaya dan kerohanian telah dibina khusus untuk bakal guru dan guru PKMP bagi menyampaikan pendidikan seksualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia.

Kandungan MOPEK dibina daripada dapatan kajian analisis keperluan pendidikan seksualiti dalam kalangan penolong kanan, penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran sekolah menengah dan ibu bapa. MOPEK juga telah melalui proses penilaian sumatif oleh komuniti berkepentingan yang sama. Kedua-dua kajian empirikal tersebut telah berjaya melengkapkan MOPEK dengan maklumat dan kemahiran seksualiti yang benar-benar diperlukan oleh murid-murid bermasalah pembelajaran.

MOPEK membekalkan 24 topik dan 48 tajuk pendidikan seksualiti yang komprehensif. MOPEK menolong murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam dimensi perkembangan manusia, kemahiran personal, kemahiran hubungan, tingkah laku seksual, kesihatan seksual, serta dimensi seksualiti dalam budaya dan masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat menolong murid melindungkan diri daripada penganiayaan seksual.

Keseluruhan MOPEK menitikberatkan pendekatan pengajaran pendidikan khas, iaitu kaedah memodel, membimbing dan mencuba yang melibatkan kedua-dua pihak guru dan murid secara interaktif. Pengajaran dipersembahkan dengan cara yang konkrit, sistematik dan berfungsi. Tambahan lagi, modul ini juga sesuai untuk menyampaikan pendidikan kesihatan reproduktif yang asas kepada semua murid aliran perdana.

Setiap tajuk dalam MOPEK mengandungi:
1. Nota isi kandungan untuk bakal guru, guru, ibu bapa dan ahli terapi.
2. Rancangan Pengajaran Harian yang terperinci dan lengkap.
3. Bahan pengajaran teknologi (slaid Powerpoint, gambar, PDF) untuk mengajar di dalam pemacu pena USB.
4. Lembaran aktiviti untuk latih tubi.
5. Lembaran kerja dan kerja rumah untuk penilaian.
6. Cadangan jawapan untuk semua lembaran aktiviti, kerja dan kerja rumah.

Rak:
L36

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI