Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


Anak Gajet (L87)

RM20.00
Price in points: 20 points
Weight: 0.24 kg
9789830978512
4 pieces
+
Add to wish list

Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

 

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

 

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

 

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.

 

Perubahan yang menyeluruh dan keutamaan perlu diberikan kepada para ayah sebagai ketua keluarga. Jadi, dalam perkongsian santai dalam buku aku ini, kau akan dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada dua bahagian.

 

  1. Hubungan kepada pasangan
  2. Hubungan kepada anak-anak

 

Nasihat saya, orang lelaki tidak perlu malu untuk belajar hal parenting. Ia tidak menjatuhkan kejantanan anda sedikit pun. Bahkan dengan ilmu inilah akan mengangkat darjat anda untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan berguna untuk keluarga yang anda bina.

 

UNTUK SIAPAKAH BUKU INI?

 

  1. Untuk mereka yang belum lagi berkahwin, namun sudah mula berbunga hati untuk berkahwin. Ilmu perlu disediakan terlebih dahulu.
  2. Untuk orang yang mahu bagi hadiah perkahwinan buat kenalan mereka. Apa salahnya kali ini bagi buku pula. Ilmu itu suatu hadiah yang sangat bernilai.
  3. Untuk yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata atau yang sedang menunggu kelahiran si comel.
  4. Untuk yang sudah memiliki ramai anak namun masih tidak pernah kenal erti penat untuk belajar dan memperbaiki diri untuk beri yang terbaik pada anak-anak.
  5. Untuk pasangan yang sering menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi dan sering marah pada anak. Sedangkan mereka tahu kesan marah tidak elok.
  6. Untuk mereka yang masih tercari-cari teknik parentingterbaik untuk anak-anak mereka. Sering keliru dengan kata-kata orang.

 

  1. Untuk ibu bapa yang mahu memastikan anaknya dibesarkan sesuai dengan keperluan zaman moden yang pastinya tidak sama dengan dulu.
Penerbit:
Galeri Ilmu
Tahun Diterbitkan:
2019
Halaman:
Berwarna
Muka Surat:
134 Muka Surat

Anda Juga Mungkin Meminati Produk Ini:

 

 

 

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI*

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

 *Order akan sampai dalam masa 2 - 5 hari bekerja, mengikut masa & kaedah penghantaran yang dipilih. Info lanjut: KLIK DI SINI

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI