Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


(OS) Aminah: Bunga Kaum Quraisy (R11)

Rak: L10

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Allah memindah - mindahkan diriku daripada tulang sulbi ayah - ayah yang baik ke rahim ibu - ibu yang suci dalam keadaan suci dan terdidik. Sekiranya suatu keturunan bercabang dua, maka Allah menjadikanku berada pada cabang yang terbaik antara kedua - duanya." - Ibnu Abbas

Harga Asal: RM17.90
RM12.53
ANDA JIMAT: RM5.37 (30%)
Price in points: 13 points
Weight: 0.25 kg
978-967-5564-10-9
8 pieces
+
Add to wish list

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-10-9 
Tarikh Terbit: 17 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 216
Dimensi : 22 cm X 14cm X 1cm

Berat (kg): 0.25

************************

Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.

Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.

Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.

Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.

Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.

Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.

Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.

===================================================
 
ULASAN
 
Novel "Aminah - Bunga Kaum Quraisy" hasil penulisan Ezee Rahmani, menceritakan tentang liku - liku kehidupan bonda kepada junjungan besar, nabi Muhammad S.A.W. Bunga kaum Quraisy bernama Aminah Wahab adalah seorang anak yatim piatu yang dipelihara bapa saudaranya, Wuhaib Abdul Manaf.

Aminah seorang gadis kecil rupawan yang dibesarkan dalam keluarga berkenaan. Kebaikan pekerti dan budi bahasanya menjadikan Aminah disenangi semua orang. Beliau seorang yang pandai mengambil hati, ringan tulang serta berpandangan jauh. Dalam buku keluaran kali ini juga turut menceritakan detik dramatik apabila Abdul Mutalib perlu memilih seorang daripada anaknya sebagai korban.

Ia diceritakan secara terperinci episod cemas berkenaan sehingga membawa kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah sendiri ketika mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka diijabkabulkan. Selain itu, kisah perkahwinan antara Aminah dan Abdullah juga diceritakan ketika mereka melalui saat cemas yang disampaikan secara teratur.

Novel ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan untuk semua kaum - kaum ibu terutama sekali yang berstatus sebagai ibu tunggal. Kisah - kisah yang diceritakan dalam novel ini boleh dijadikan sebagai pembakar semangat supaya para wanita agar tidak mudah berputus asa dengan segala rintangan yang dihadapi. 

 

-Source: https://pts.com.my/berita/ulasan-buku-pts-di-harian-metro-aminah-bunga-kaum-quraisy/

Rak:
L10

No posts found

Write a review

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

 

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari (Isnin - Jumaat).

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI