Penerbit: TELAGA BIRU SDN BHD
Penulis: Dr. Hj. Imran Hj Ahmad
Muka Surat: 304 m/s
Halaman: Paperback
Format: Hitam Putih
Berat (kg): 0.425 kg
Dimensi (cm): 16.5cm x 24cm x 1.5cm
- Buku ini sekadar mengumpulkan ayat al-Quran yang dilihat dan dispekulasi ada perkaitan dengan ilmu perubatan.
- Topik-topik dalam buku ini disusun sedemikian untuk menonjolkan disiplin ilmu yang ada dalam bidang perubatan.
- Buku Al-Quran dan Sains Perubatan merupakan suatu inovasi
- terhadap kefahaman al-Quran dengan menggabungkan undang-undang alam yang diciptakan oleh Allah di dunia ini.
- Penulis berharap agar dengan dapatan ilmu yang diperoleh menerusi buku ini dapat mencelikkan hati dan membangkitkan iman kita.
Sinopsis
Al-Quran & Sains Perubatan merupakan sebuah buku yang membuka mata, minda dan hati untuk menyedarkan kita bahawa al-Quran ini suatu mukjizat yang benar. Buku ini mengetengahkan sains perubatan dari sudut ilmu biologi, antomi, fisiologi, klinikal dan lain-lain. Setiap ilmu ini turut diiringi dengan perbahasan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan berdasarkan rujukan beberapa buah kitab tafsir seperti Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir al_maududi. Berdasarkan perbincangan dalam buku ini, kita dapat lihat semakin hari, kamjuan ilmu dan teknologi mampu menyingkap penemuan terbaharu sains. Namun, kandungan al-Quran pun menyatakan perkara itu 1400 tahun lalu sebelum ilmu sains ini ditermui dan diketahui oleh para ahli saintis. Maka, tepatlah kenyataan bahawa al-Quran ini bukanlah buku sains, tetapi kandungan al-Quran mengandungi fakta sains yang tidak mampu disangkal lagi.