Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Muka Surat: 302 m/s
Halaman: Berwarna
Format: Paperback (with sleeve)
Berat (kg): 0.440 kg
Dimensi (cm): 15.2cm x 22.6cm x 1.5cm
Satu soalan yang mungkin bermain di minda, bagaimana sebuah bangsa yang terkenal dengan jahiliahnya mampu berevolusi menjadi bangsa yang agung. Siapakah revolusioner ini dan apakah gagasannya?
Pada abad ketujuh, Nabi Muhammad SAW diutus bersama risalah Al-Quran yang menyebabkan generasi Arab berevolusi daripada bangsa yang terpinggir menjadi bangsa yang berfikir. Mereka berjaya membina tamadun baru, iaitu tamadun Islam. Benar Lothrop Stoddard yang berkata dalam The New World of Islam, “Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal. Kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh dunia”.
Apakah acuan yang telah memacu kecemerlangan umat Islam sebelum ini, terutama pada era Nabi SAW dan para sahabat RA? Acuan itu secara dasarnya adalah Al-Quran. Al-Quran merangsang umat Islam bagi mengkaji, berfikir, menganalisis, menilai, serta menjauhi khurafat dan tahayul. Al-Quran persis satu Manual Kehidupan yang luar biasa.
Justeru, buku ini adalah satu set khas bagi kita mengenali al-Quran, dan menjadikannya sebagai acuan peledak transformasi di penjuru kehidupan kita, menuju kebaikan. Pada ketika yang sama buku ini membicarakan tentang metodologi untuk memahami Al-Quran secara betul agar kefahaman kita sentiasa lurus dan tidak terpesong.