501 Persoalan Fikah Wanita yang sering kali ditanya oleh wanita. Buku ini mengandungi soal jawab sebanyak 501. Jawapan yang diberikan ringkas, tepat dan mudah difahami.
Nabi Muhammad terbukti adalah manusia terbesar sepanjang sejarah. Tidak ada pemimpin spiritual lain yang mampu memberikan pengaruh sebesar pengaruhnya yang merangkumi semua bidang. Nabi juga menghasilkan para sahabat yang juga berjaya dalam banyak bidang, menghasilkan generasi-generasi pembaharu termasuk para ilmuwan, sasterawan, ahli falsafah dan pemimpin yang handal serta menghasilkan pelbagai hukum dan peraturan yang mengatur kehidupan manusia menjadi lebih baik
Bagaimana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam menimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pulamenimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pula yang digelar ‘Khalifah Rasyidin’? Adakah pemilihan pemimpin mengikut citarasa masyarakat ataupun dinilai berdasarkan sistem Islam yang unggul?
Kepemimpinan dilihat sebagai perkara yang penting dalam Islam. Ia adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat slam. Ini kerana, pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab membawa hala tuju Islam dan kemajuan serta perkembangannya. Jatuh bangun Islam terletak pada pemimpin. Sorotan sejarah Islam memperlihatkan ketokohan kepemimpinan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai pengganti beliau dalam mengembangkan ajaran Islam hingga ke hari ini.
Melalui buku ini, kita dapat mengenal pasti sorotan dan kronologi peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selepas Rasulullah meninggal dunia. Selain itu, buku ini juga dapat membuka mata masyarakat bagi memahami kedudukan kepemimpinan dalam Islam dan sejarah tercetusnya isu kepemimpinan dalam Islam.