Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 


AGAMA

RM8.00

 Perkembangan hati manusia tidak dapat diawasi secara zahir. Tindak-tanduknya pun berbeza dengan anggota tubuh yang lain, dan begitu kompleks dan dapat berubah berkali-kali dalam waktu yang singkat. Padahal, harta umat Islam yang paling berharga terletak dalam hatinya, iaitu iman dan takwa. Bagi yang sudah mendapatkan kedua harta tersebut, sudah semestinya mereka wajib menjaganya hingga ke akhir hayat, dan mati dalam iman dan Islam. Solat malam yang ikhlas, khusyuk dan berterusan adalah salah satu usaha agar hati kita diperkuat dengan asas iman dan Islam.

Out-of-stock Add to wish list

RM11.90

Ajaibnya Sedekah membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

Out-of-stock Add to wish list

RM10.90

“Solat duha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.”  - Hadis Riwayat Tirmizi.

Out-of-stock Add to wish list

RM17.50 RM13.12

Buku 501 Soal Jawab Perkahwinan Islam mengupas dengan ringkas dan padat pelbagai permasalahan dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada pasangan dalam melayari alam perkahwinan.

Out-of-stock Add to wish list

RM14.00

Doa adalah inti kehidupan, pengaduan hamba kepada Tuhan, daripada mahkluk kepada Pencipta. Ibu ibadah adalah doa. Ibu segala kehidupan, semua gerak geri adalah doa. Doa yang sesuai dengan syariat adalah doa  yang sesuai dengan ajaran Allah, yang ditunjukkan di dalam al-Quran dan sunnah lalu dipraktikkan oleh para sahabat dan para wali. Elakkan daripada tersalah memilih doa, kerana kesalahan itu akan ternampak dalam kehidupan.

Buku ini memuatkan doa para sahabat Rasulullah, para wali dan orang soleh yang terbukti mustajab. Setiap doa dilengkapi dengan gaya bahasa bertutur dan mengalir.

Out-of-stock Add to wish list

RM10.00

Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi al-Quran daripada (Allah) yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.” (Surah an-Naml: ayat 6)

 

Pepatah mengatakan, “Tidak kenal, maka tidak cinta.” Begitu juga kitab al-Quran, sesiapa yang tidak mengenalinya, tidak akan mencintainya. Persoalannya, apa itu al-Quran? Buku ini menerangkan kitab yang menjadi rujukan utama umat Islam kerana isi kandungan yang luas dan lengkap serta amalan yang praktikal.

 

 

Out-of-stock Add to wish list

RM18.00

Bagaimana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam menimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pulamenimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin? Siapakah yang bertanggungjawab memilih pemimpin? Siapa pula yang digelar ‘Khalifah Rasyidin’? Adakah pemilihan pemimpin mengikut citarasa masyarakat ataupun dinilai berdasarkan sistem Islam
yang unggul?

Kepemimpinan dilihat sebagai perkara yang penting dalam Islam. Ia adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat slam. Ini kerana, pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab membawa hala tuju Islam dan kemajuan serta perkembangannya. Jatuh bangun Islam terletak pada pemimpin. Sorotan sejarah Islam memperlihatkan ketokohan kepemimpinan sahabat-sahabat Rasulullah sebagai pengganti beliau dalam mengembangkan ajaran Islam hingga
ke hari ini.

Melalui buku ini, kita dapat mengenal pasti sorotan dan kronologi peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selepas Rasulullah meninggal dunia. Selain itu, buku ini juga dapat membuka mata masyarakat bagi memahami kedudukan kepemimpinan dalam Islam dan sejarah tercetusnya isu kepemimpinan dalam Islam.

Out-of-stock Add to wish list

RM19.50

501 Persoalan Fikah Wanita yang sering kali ditanya oleh wanita. Buku ini mengandungi soal jawab sebanyak 501. Jawapan yang diberikan ringkas, tepat dan mudah difahami.

Out-of-stock Add to wish list

RM19.00
Format: Paperback ISBN-13: 978-967-5137-25-9 Tarikh Terbit: 15 Sep 2008 Berat (KG): 0.25 ================================= Buku ini...
Out-of-stock Add to wish list

RM33.00 RM31.35
============================ Format: Paperback ISBN-13: 978-983-3372-45-4 ISBN-10: 983-3372-45-7 Tarikh Terbit: 16 Nov 2007 Jumlah Muka...
Out-of-stock Add to wish list

RM23.00 RM21.85

<div id="section-1" class="ui-tabs-panel" style="display: block;">
<p>Solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit,� (Hadis riwayat Tirmizi)</p>
<p>Di dalam Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3 yang bermaksud, �Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit.� Allah menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud, �Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.� Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orang yang tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat tahajud. Manakala dalam ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadah tambahan, dengan janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat yang terpuji. Solat tahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segi kesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud, �Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan daripada penyakit.</p>
</div>

Out-of-stock Add to wish list