Selamat Datang, Pelanggan Yang Dihormati. (SIGN IN | Register)

 

 
RM100.00 more to FREE shipping


24 Jam Dipayungi Syariat (L151, N20)

RM30.00
Price in points: 30 points
Weight: 0.42 kg
978-967-366-175-6
10 pieces
+
RM100.00 more to FREE shipping
Add to wish list
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''
ISBN-13: 978-967-366-175-6 
Tarikh Terbit: 10 Apr 2014
Jumlah Muka Surat : 288
Kategori: IslamFekahIslam Umum
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

 

24 Jam Dipayungi Syariat mengupas fikah Islam dalam kehidupan seharian Muslim secara lengkap dan komprehensif. 24 Jam Dipayungi Syariat mengandungi 16 bab, bermula daripada bab versuci sehingga bab jenayah dan muamalat. Buku ini juga dilengkapi dengan dwibahasa Arab-Melayu, warna yang menarik, serta bergambar bagi memudahkan lagi pemahaman. Semoga dengan kehadiran buku ini di pasaran, syariat memayungi hidup kita semua, dan memandu kita ke jalan-nya. Insya Allah. 

 

Kata Pengantar

Mukadimah Penterjemah

Biografi Al-Qadhi Abu Syuja'

Kata Penghargaan

Salasilah Buku Matan Abi Syuja'

Mukadimah

Bab 1: Bersuci

Bab 2: Solat

Bab 3: Zakat

Bab 4: Puasa

Bab 5: Haji

Bab 6: Jual Beli

Bab 7: Faraid dan Wasiat

Bab 8: Nikah

Bab 9: Jenayah

Bab 10: Hudud

Bab 11: Jihad

Bab 12: Buruan dan Sembelihan

Bab 13: Berlumba dan Memanah

Bab 14: Sumpah dan Nazar

Bab 15: Pengadilan dan Persaksian

Bab 16: Memerdekakan Hamba

Jadual Ukuran 

Bibliografi

=============================

Review

 

24 Jam Dipayungi Syariat adalah buku yang diinovasikan daripada sebuah kitab muktabar yang sahih dan masyhur, iaitu Matan Abi Syuja'. Inilah kitab rujukan yang popular mengenai hukum-hakam dan fikah dalam Mazhab Syafie. Kitab ini sudah disyarahkan oleh ramai tokoh ulama yang tersohor di kawasan Nusantara, Syam, dan di negara-negara Arab.

Imam Abu Syuja', penulis kitab ini adalah ulama besar dalam mazhab Syafie. Beliau dianugerahkan umur yang cukup panjang iaitu 160 tahun. Sungguhpun begitu, Allah mengurniakan kepadanya tubuh badan yang sihat dan pancaindera yang tetap berfungsi dengan sempurna walaupun sudah tua. Ketika ditanya berkenaan anggota badannya, beliau menjawab, “Aku selalu berusaha menjaga anggota badanku. Sejak kecil lagi aku tidak pernah menggunakannya bagi melakukan maksiat. Disebabkan itu, Allah s.w.t menjaganya pada saat aku memasuki usia senja.”

Kitab ini adalah rujukan yang terbaik dalam Mazhab Syafie, terbaik dari segi cara kajian dan isi kandungannya. Perbahasannya lengkap merangkumi semua bab fikah, ketentuan hukum, masalah dalam ibadah, urusan seharian dan sebagainya. Bahasanya mudah dan indah, penjelasannya ringkas dan padat. Ini memudahkan setiap orang yang mahu mendalami agama untuk memahaminya.

Sesuai dengan zaman moden dan hasil perkembangan industri penerbitan, kitab muktabar ini dipersembahkan kepada para pembaca umum dalam bentuk buku yang lebih menarik. Buku ini dilengkapi dengan gambar yang berwarna dan menarik untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca. Teks asal kitab ini dalam bahasa Arab turut disertakan disebelah teks bahasa Melayu untuk rujukan pembaca umum ataupun para pengajar yang mensyarahkan buku ini.

Semoga dengan buku ini, syariat memayungi hidup kita semua dan memandu kita menuju ke syurga. Manfaatnya amat besar bagi umat Islam di Malaysia yang menjadi Mazhab Syafie sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian. Semoga setiap rumah umat Islam di Malaysia dapat memiliki buku ini untuk dijadikan rujukan utama.

No posts found

Write a review

 

 

BOOKCAFE: JENAMA YANG DIPERCAYAI

 
Lihat semua review, KLIK DI SINI
 
 

ANUGERAH BOOKCAFE

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK ANDA

 
 

JAMINAN BOOKCAFE

 

1. Order diproses & dihantar setiap hari.

2. Penghantaran pantas terus ke alamat anda.

3. Buku atau produk yang rosak diganti baru secara percuma.

4. Tiada caj penghantaran dikenakan untuk penghantaran order gantian.

5. Data peribadi pelanggan dilindungi & tidak dijual kepada pihak luar.

6. Jaminan wang dikembalikan (refund).

7. Servis yang cekap & mesra.

8. Resit atau tax invoice untuk pelepasan cukai disediakan.

Jaminan ini tertakluk kepada terma & syarat. Maklumat lanjut untuk jaminan Bookcafe & penyelesaian masalah pelanggan: KLIK DI SINI