===========================
Format: Paperback
ISBN-13: 9789833707775
Jumlah Muka Surat: 110
Saiz : 20.5cm x 14cm
Penulis: Prof Dr. Hamka
===========================
Hamka lahir pada 17 Februari 1908, di Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 di Jakarta . Nama sebenar Hamka ialah, Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di Rantau Nusantara, juga seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraanm, penulisan kreatif dan profilik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam tersohor.
Prof Dr. Hamka ada berkata :
- Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan. Pertama, Iman kepada Allah. Kedua, percaya kepada sahabat.
- Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.
- Sahabat yang 'ber-udang di sebalik batu' adalah seumpama anjing di tepi jalan yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.