Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-415-2
Tarikh Terbit: 7 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 212
Berat (KG): 0.32
=========================
SINOPSIS/SARI RANSANG
Ingin menjadi:
Tabah seperti Siti Aminah?
Usahawan Kaya seperti Siti Khadijah?
Ilmuan Cilik seperti Siti Aisyah?
Isteri Yang Taat seperti Siti Hajar?
Rela Bermadu seperti Siti Sarah?
Zuhud seperti Fatimah Az-Zahrah?
Berani seperti Siti Zulaikha?
Bertakwa seperti Asma'?
Utuh Pendirian seperti Asiah?
Setia seperti Siti Rahmah?
Buku 10 Tokoh Idola Muslimah memaparkan 10 tokoh muslimah yang agung dalam sejarah Islam. Menyoroti kisah setiap tokoh merangkumi sejarah hidup, hubungkait kisah mereka dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi penghias peribadi.
=================================================================================================================
ISI KANDUNGAN
Prakata
Mukadimah
KETABAHAN DAN KEKUATAN EMOSI SITI AMINAH BINTI ABDUL WAHAB
MERINTIS SEJARAH
Teruna dan Dara Pekerti Mulia
Perginya Suami Tercinta
Putera Pesuruh Allah
Penyusuan dan Cara Didikan
Perginya Seorang Ibu 5
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Hikmah Daripada Ketentuan Ilahi
Anak yang Soleh dan Solehah Lahir Daripada Ibu yang Solehah
Tarbiah dan Pendidikan Anak-Anak
Menjaga Hubungan Silaturahim
Sokongan Keluarga
Menanti di Pintu Syurga
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
Kes 1: Adakah Saya Ini Tunggul Ataupun Tunggal?
Kes 2: Patah Sayap Bertongkat Siku, Patah Siku Bertongkat Dagu
USAHAWAN DERMAWAN SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID
MERINTIS SEJARAH
Isteri Pengasih Penyayang
Hartawan yang Dermawan
Putera Puteri Penyeri Rumah Tangga
Tokoh Usahawan Unggul
Isteri Tunggak Perjuangan Suami
Kehilangan yang Dirasai
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Perniagaan adalah Sunah
9 Daripada 10 Punca Rezeki Daripada Perniagaan
Cabaran Menjadi Ahli Perniagaan
Disiplin dan Etika dalam Perniagaan
Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
Meraih Keberkatan Berniaga
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Berniaga, Sama Ada Papa Kedana ataupun Kaya-Raya
KES 2: Wanita Bergaya ataupun Wanita Glamor
JELITAWAN ILMUAN SITI AISYAH BINTI ABU BAKAR
MERINTIS SEJARAH
Siti Aisyah Penyeri Rumah Tangga
Keperibadian Siti Aisyah
Fitnah Penguat Keimanan
Raudhah Taman Syurga
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Konsep Menuntut Ilmu
Meletakkan Ilmu pada Tempatnya
Mencari Keberkatan Ilmu
Berilmu Perlu pada Rupa juga Bicara
Ibu Borek Anak Rintik
Tidak Tahu ‘Okey’, Mahu Tahu Baik, Sudah Tahu Bagus!
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Antara Rumah Tangga dan Belajar
KES 2: Mengapa Aku Dilahirkan untuk Gagal?
KEPATUHAN DAN KETABAHAN SITI HAJAR
MERINTIS SEJARAH
Reda Seorang Isteri
Menyahut Seruan Ilahi
Mengharap Hanya Daripada-Nya
Pertolongan Allah Itu Pasti
Mekah Menggamit Tetamu Allah
Manifestasi Haji dan Umrah
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Apabila Cinta Beralih Arah
Cinta Tidak Semestinya ke Jinjang Pelamin
Derita Makan Jiwa, Duda ataupun Suami Orang Disangka Teruna
Putus Asa Tanda Putus Rahmat
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Bilakah Giliran Saya?
KES 2: Payung Emas Janjinya?
PENGORBANAN DAN KEREDHAAN SITI SARAH
MERINTIS SEJARAH
Pertemuan ke Jinjang Pelamin
Pengorbanan Demi Cinta dan Sayang
Cemburu Seorang Isteri
Hikmah Daripada Pengorbanan
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Menukar Perasaan Benci kepada Sayang
Rela dan Paksa Rela
Kehidupan Menuntut Pengorbanan
Cemburu kerana Sayang Bukan kerana Iri Hati
Madu Sama Ada Sebagai Penawar ataupun Racun
Suami dan Isteri adalah Pelengkap
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Pilih Saya ataupun Dia?
KES 2: Bibir Tersenyum, dalam Hati Hanya Tuhan yang Tahu
TAWADUK DAN ZUHUD FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI MUHAMMAD
MERINTIS SEJARAH
Fatimah az-Zahrah Seharum Namanya
Termeterai Kasih Sayang
Suri Penghibur Suami
Pemergian Puteri yang Zuhud
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Rumah Tangga Bahagia
Miskin Tetapi Kaya
Memahami Konsep Rezeki
Kelemahan dan Kelebihan
Kehidupan Seimbang
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Pengorbanan Tanda Kasih Sayang?
KES 2: Pangkat dan Darjat
KASIH SAYANG DARIPADA ALLAH S.W.T DAN KERANA ALLAH S.W.T SITI ZULAIKHA
MERINTIS SEJARAH
Mimpi Zulaikha
Bertemu Teruna Impian
Kemaruk Cinta Bawa Petaka
Hikmah di Sebalik Penjara Cinta
Biduk Lalu Kiambang Bertaut
Kisah Panduan daripada Quran
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Agama adalah Segalanya
Ibu Bapa dan Suami Tempatnya Berbeza
Antara Hormat dan Segan
Hubungan Baik Sesama Insan
Tanda Kasih Sayang
Ada Jodoh Tidak ke Mana
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Kusangka Panas Sehingga ke Petang....
KES 2: Ikan di Laut, Asam di Darat....
KEBERANIAN DAN KETAKWAAN ASMA' BINTI ABU BAKAR
MERINTIS SEJARAH
Peribadi Seorang Srikandi
Gelaran Dzatun Nithaqain
Kebijaksanaan dan Hijrah kerana Keimanan
Ibu Seorang Syuhada
Kekuatan Jiwa Seorang Isteri dan Ibu
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Setiap Individu Ada Ketakutan
Keberanian dan Keyakinan Pemangkin Kejayaan
Kecemerlangan yang Seiring
Berusaha Sebelum Meminta
Memenuhi Tanggungjawab Sebagai Warga
Peranan Menjaga Agama
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Kehidupan Perlu Ada Timbang Tara?
KES 2: Berani kerana Benar
KEUTUHAN KEIMANAN ASIAH BINTI MUZAHIM
MERINTIS SEJARAH
Isteri Beriman Disunting Sang Raja
Menjaga Akidah dan Kehormatan Diri
Mendapat Putera Bakal Nabi
Kasih Sayang Ibu
Tanda Kenabian
Keimanan kepada Allah
Syahid Seorang Wanita
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Fikir Itu Zikir
Muhasabah Pencetus Keinsafan
Martabat Wanita di Sisi Islam dan Masyarakat
Keistimewaan Wanita
Menggilap Keimanan Diri
Kepada Siapa Perlu Berharap?
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI
KES 1: Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapa
KES 2: Cinta Terlarang
KESETIAAN ABADI SITI RAHMAH
MERINTIS SEJARAH
Salasilah Isteri yang Setia
Kekayaan Diuji
Kasih Sayang Isteri
Pengajaran buat Diri
Hukuman Adil
BINGKISAN TERINDAH BUAT WANITA
Bersabarlah Saat Diri Diuji
Derita Pasti Berlalu dengan Meyakini Takdir
Berharap Hanya kepada Allah
Kesetiaan
Janganlah Memutuskan Silaturrahim
Buatlah Kebaikan Selagi Hayat Ada
Rumah Tangga Tanggungjawab Bersama
Penderaan dalam Rumah Tangga
KISAH INSPIRASI MOTIVASI DIRI 183
KES 1: Duit Abang Duit Saya, Duit Saya, Duit Sayalah!
KES 2: Nasi Lemak Buah Bidara
Penutup
Biodata Penulis
==================================================================================================================
ULASAN
Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka perlu dijadikan pedoman dan juga teladan kepada umat selepas mereka di samping sebagai peringatan dan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan. Hakikatnya, mereka sudah berjaya meletakkan penanda yang terbaik dalam meniti tahap perjuangan. Mereka juga berjaya mengangkat martabat wanita sehinggakan nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus tercatat dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi. Kisah-kisah mereka yang disebut dalam Quran seperti pengalaman menyayat hati dan kesukaran para isteri Rasulullah membantu usaha beliau dalam menegakkan Islam iaitu ketika beliau diperintahkan supaya berdakwah kepada umatnya menuju jalan kebenaran dan cahaya Islam.
Setiap peristiwa yang tercatat dalam Quran mempunyai hikmahnya yang tersendiri kepada umat manusia terutama kepada kaum wanita. Wanita adalah tunggak utama dalam kehidupan berumah tangga kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak-anak iaitu pewaris generasi akan datang. Penglibatan tokoh-tokoh wanita dalam menegakkan agama suci Allah tidak boleh dianggap remeh. Ia adalah titik tolak kepada kemenangan Islam itu sendiri. Bahkan kejayaan, kemenangan dan keunggulan mereka sebagai srikandi terbilang sememangnya tercatat dalam lipatan sejarah dan tidak boleh dipertikaikan. Peranan mereka sememangnya terlalu besar dalam menonjolkan peribadi unggul sebagai tatapan generasi dan umat masa kini yang perlu dijadikan sebagai role model dan boleh diketengahkan sebagai idola kepada wanita hari ini dalam merencanakan kehidupan mereka.
Tokoh muslimah yang diketengahkan ini mampu memberikan impak yang besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi terutama dalam mentarbiah anak bangsa supaya berjaya dan berjiwa besar serta bangkit menjadi idola pemangkin kepada generasi akan datang. Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan dan rahsia besarnya jiwa mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya.