Penghantaran PercumaHubungi Kami
  • Save 20%
Armagedon: 2012

Armagedon: 2012


Old price: RM31.50  

RM25.20

You save: RM6.30 (20%)
10 days
978-967-5137-99-0
3 item(s)
+

Description

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Reviews

No posts found

Who Bought This Also Bought

FAQ / Soalan Lazim

FAQ / Soalan Lazim

 

Q:  Bagaimanakah cara untuk membeli buku di Bookcafe?

A : Cara-cara membeli di Bookcafe adalah mengikut aturan di bawah.

Cara Beli Buku

Q : Bagaimana pula cara pembayarannya?

A : Ketika proses BAYAR atau CHECKOUT, pelanggan boleh memilih cara pembayaran yang sesuai dengan kesesuaian pelanggan. Terdapat 9 cara pembayaran iaitu melalui Maybank2u, Debit/Kredit Kad, Cimb Clicks, Rhb Now, MEPS (Menyokong AffinBank, Ambank, Hong Leong Connect, Bank Islam, Public Bank, Webcash), Paypal, Bank In (Dibekalkan No Akaun Bank Kami), Cek dan juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M).

 

Q : Berapakah anggaran kos penghantaran pesanan saya?

A : Sekiranya pelanggan membeli buku bernilai RM100 ke bawah, anggaran kos penghantaran ialah RM6. Bagi pembelian RM100 ke atas untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, kos penghantarannya adalah percuma. Rujuk polisi penghantaran kami : http://bookcafe.com.my/my/shipping-policy.html

 

Q : Sekiranya saya membuat pembelian, berapa lama buku yang dipesan akan sampai ke alamat saya?

A : Pada kebiasannya, pesanan buku di Bookcafe akan mengambil masa 1 - 3 hari bekerja untuk sampai ke alamat pelanggan kecuali pada waktu-waktu tertentu seperti apabila Bookcafe mengadakan promosi besar-besaran. 

 

Q : Apa yang boleh saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

A : Pelanggan boleh menghubungi kami samada secara email di bookcafe@pts.com.my atau telefon 03-6188-0316 untuk aduan berkaitan pesanan. Pejabat kami beroperasi dari 9.00 pagi - 5.45 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

Tags

None